JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 8, 2011

Mana Minyak Masak ?

Ramai pengguna di Tawau, Sabah mengadu sukar mendapatkan bekalan minyak masak, terutama dalam paket, sejak beberapa bulan lalu.Tinjauan di beberapa buah pasar raya dan kedai runcit menunujukkan kekurangan bekalan bahan itu malah ada yang kehabisan stok sama sekali.Seorang suri rumah, Fatimah Rosle, 40, berkata: "Hal ini membimbangkan masyarakat ekoran permintaan bagi bahan itu meningkat pada minggu ini disebabkan banyak majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini".Seorang lagi pengguna yang cuma ingin dikenali sebagai Ani berkata minyak paket, selain sukar didapati di sesetengah premis, penjualannya juga dihadkan. Ada pekedai menghadkan kepada dua paket untuk setiap pembelian.Peruncit di sekitar Tawau mendakwa mereka tidak mendapat bekalan minyak masak dalam paket secukupnya daripada pembekal bagi menampung permintaan pengguna.Chai Ming Kan, 55, berkata premisnya turut mengalami kekurangan bekalan kerana pengedar hanya menghantar 600 kilogram minyak masak paket berbanding 800 kilogram seperti kebiasaannya.Selain itu, katanya, pengedar hanya menghantar bekalan sekali dalam tempoh seminggu berbanding dua kali seminggu sebelum ini.Sehubungan itu, katanya beliau terpaksa menghadkan jumlah jualan kepada dua kilogram (dua paket) minyak masak sahaja kepada pelanggan bagi setiap pembelian.Sementara itu, Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Tawau, Mohd Fikri Lai Abdullah meminta pengguna menghubungi pejabatnya jika sukar mendapatkan bekalan minyak masak.

Encik Mohd. Fikri Lai Bin Abdullah, Ketua Penguatkuasa Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Cawangan Tawau, Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Dunlop, Bandar Sabindo, 91000 Tawau, Sabah.

No.Tel:089 776690 089 776690 dan No.Faks:089 778066

No comments: