JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, June 5, 2011

Tuntut penjelasan kurangkan Subsidi - SFVA

Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) mahu kerajaan tampil dengan situasi yang menguntungkan semua pihak secepat mungkin berhubung pengurangan subsidi diesel yang diumumkan baru-baru ini.

Pengerusinya Ha Tung Ting berkata, pengumuman pengurangan subsidi diesel itu hanya akan menambahkan kos operasi kepada para nelayan.

Sebelum pengurangan subsidi diesel katanya, kapal nelayan jenis C2 menikmati sehingga 30,000 liter setiap bulan dengan harga RM1.25.

“Dengan harga diesel RM1.80 seliter, kami terpaksa membelanjakan tambahan sebanyak RM16,500, sedangkan kami hanya memperolehi pendapatan yang tidak seberapa.

“Ini bermakna para nelayan terpaksa menanggung kerugian yang banyak,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli SFVA, pada 3 Jun lalu.

Mesyuarat antara lain bagi membincangkan berhubung langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel serta tindakan yang perlu diambil oleh persatuan nelayan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan.

Menurut Ha lagi, pengurangan itu juga akan menyebabkan sesetengah pengusaha kapal nelayan jenis C2 terpaksa gulung tikar.

Bagaimanapun sebelum membuat sebarang keputusan, beliau memberitahu bahawa ahli-ahli SFVA akan menunggu untuk tempoh sebulan bagi mengetahui jawapan daripada kerajaan.

“Kami masih mempunyai kapal C2 keluar ke laut sekarang. Namun kami akan menunggu sehingga Julai ini untuk mendapat penyelesaian.

“Jika kerajaan gagal memberikan keputusan yang memuaskan, kami mungkin terpaksa membatalkan operasi semua bot C2,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan menghantar wakil bagi berbincang dengan persatuan bagi mendapatkan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

“Kami tidak menentang kerajaan, kami hanya mahu jalan keluar yang menguntungkan semua pihak,” jelasnya.

Hadir sama ialah Pengerusi Kehormat SFVA Wong Hung Teng.

No comments: