JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 8, 2011

Presiden PAS Akan Buat Lantikan Baru

Semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lepas.

Pemilihan yang diadakan itu bagi sesi 2011-2013.

Sumber dalaman parti berkata jawatan-jawatan berkenaan ialah setiausaha agung, ketua penerangan, pengarah jabatan pilihan raya, bendahari dan enam anggota jawatankuasa pusat sebagai tambahan kepada 12 kerusi yang sudah terpilih.

"Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan memanggil satu mesyuarat jawatankuasa pusat untuk lantikan jawatan-jawatan ini. Ini kena tanya dia sendiri," kata sumber itu kepada Bernama pada Selasa.

Sumber itu berkata di peringkat negeri pula, jawatan pesuruhjaya negeri juga terlucut dan akan dilantik pada mesyuarat yang sama.

"Selepas dilantik nanti, pesuruhjaya negeri akan melantik timbalan dan struktur organisasi peringkat negeri pula," katanya lagi.

Pada pemilihan PAS pusat Sabtu lepas, Mohamad Sabu menewaskan dua pencabar lain iaitu penyandang Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan jawatan selain Datuk Husam Musa yang kembali ke kerusi naib presiden selepas satu penggal.

Abdul Hadi pula mengekalkan kerusi presiden untuk penggal kelima selepas menang tanpa bertanding.-- BERNAMA

No comments: