
Antara kerusi itu, kata beliau termasuklah Parlimen Miri, Parlimen Baram dan Parlimen Sibuti.
"Walaupun pilihanraya Sarawak baru berakhir, kita jangan terlalu leka kerana PRU ke-13 kian hampir.
"Ada yang cakap (PRU akan diadakan pada) Julai atau November (tahun ini) atau awal tahun depan, maksudnya ia (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya di Miri baru-baru ini.
Sebelum ini, Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye berkata, PR Sarawak hampir pasti menawan empat kerusi Parlimen di negeri itu berdasarkan keputusan pilihanraya Sarawak lalu.

Pada PRN lalu, PR menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawah yang terletak di bawah Parlimen Stampin, manakala DUN Repok dan DUN Meradong (Sarikei), DUN Bukit Assek dan DUN Dudong (Lanang) serta DUN Piasau dan DUN Pujut (Miri) dengan ke semua kawasan itu majoritinya masyarakat Cina.
Menurutnya, angin perubahan dalam PRN lalu tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat Cina tetapi juga kaum-kaum lain seperti yang berlaku di DUN Beting Maro yang majoritinya masyarakat Melayu/Melanau apabila PR hanya tewas majoriti 391 undi.
“Pilihan raya ini membuktikan keputusan KEADILAN bersama DAP dan PAS untuk membentuk parti berbilang kaum adalah keputusan tepat dan pastinya usaha untuk memastikan sebanyak mungkin kerusi Parlimen di tawan PR pada PRU akan datang kian giat dijalankan di Sarawak," tambahnya.
Ketika ini PR Sarawak hanya memiliki dua Parlimen iaitu di Sibu dan Kuching yang diwakili DAP.

No comments:
Post a Comment