JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 30, 2011

Sabah terima tiga Timbalan MPN

Datuk James Ghani, Christina Liew dan Datu Mustapha Tambuyong dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN(MPN) Sabah manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr Roland Chia Ming Shin sebagai Setiausaha negeri.

Pelantikan itu diumumkan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Interim parti di negeri itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Penampang pada 26 Jun lalu.

James Ghani dan Christina Liew, kedua-duanya merupakan peguam selain masing-masing menjawat Ketua Cabang Papar dan Ketua Cabang Kota kinabalu.

Manakala Mustapha merupakan graduan dari Amerika merangkap Ketua Cabang Kinabatangan serta Roland Chia adalah doktor di negeri itu.Sementara itu, James yang dihubungi Suara Keadilan memberitahu, pelantikan itu berkuatkuasa serta merta dari tarikh pelantikan itu.

"Datuk Seri Presiden juga mengingatkan kami bahawa pelantikan ini harus disusuli dengan kerja keras dengan memperkuatkan parti diperingkat negeri dan cabang masing-masing.

"Saya menghargai kepercayaan yang diberi parti dan semasa mesyuarat itu juga, Datuk Seri Presiden akan terus memimpin parti sehingga Pilihan Raya Umum akan datang dengan setiap pimpinan yang hadir menyokong penuh keputusan itu," katanya.

Menurut James, berkemungkinan selepas ini, parti akan membentuk bironya tersendiri.

"Pembentukan biro belum diputuskan, mungkin pada mesyuarat akan datang," katanya yang pernah dilantik sebagai Timbalan MPN semasa parti itu mula mengembangkan pengaruhnya di Sabah pada 1998.

Pada 6 Februari lalu, Wan Azizah mengumumkan pembentukan Majlis Presiden KEADILAN Sabah dengan beberapa pimpinan Cabang dipilih menjawat 11 portfolio termasuk James, Christina dan Mustapha.

Ketika itu, James memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Christina menjawat portfolio Pembangunan Insfraktuktur dan Mustapha menerajui portfolio Pertanian dan Industri Makanan.

Kemuncaknya, KEADILAN Sabah mengadakan konvensyennya pada 12 Mac lalu dengan James diberi kepercayaan sebagai pengerusi penganjur dengan beliau sendiri turut membentangkan kertas kerja bertajuk Sistem Kehakiman & Perhubungan Persekutuan-Negeri.Menariknya, konvensyen bertempat di Papar itu turut memperkenalkan edisi Buku Jingga yang memuatkan 10 agenda khas untuk Sabah yang ditandatangani Wan Azizah.

Berikut ialah 10 agenda tersebut.

1. Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.

2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.

3. Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

4. Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.

5. Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

6. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

8. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

9. Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.

10. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.Pada Ramadhan 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Papar, Sabah menegaskan, Pakatan Rakyat meletakan sasaran minima 10 kerusi mesti ditawan di negeri itu bagi memastikan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP berjaya memerintah Malaysia pada PRU akan datang.

No comments: