Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen.
'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China.
ptptn logo"Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah.
"Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini.
Ini, di sebalik fakta bahawa beliau sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa telah menjelaskan pinjaman yang belum dibayar kepada dana pendidikan itu berjumlah RM2,330,82.
Pembayaran, itu, kata Mandeep disahkan oleh PTPTN dengan pengeluaran resit rasmi.
Katanya, beliau juga telah memberitahu PTPTN terlebih dahulu berhubung niatnya untuk melancong ke luar negara dan memohon namannya dikeluarkan daripada senarai hitam hampir itu sebulan sebelum perjalanan dijadualkan.
"Defendan (PTPTN), walaupun diberi notis terlebih dahulu daripada plaintif telah gagal, ingkar dan cuai dengan tidak mengeluarkan nama plaintif daripada senarai hitam imigresen," petik afidavit itu lagi.
Mandeep menuntut untuk ganti rugi am, punitif dan teladan yang difikirkan layak oleh mahkamah. Beliau juga menuntut kos guaman serta ganti rugi khas yang terpaksa ditanggungnya sehingga menyebabkan percutiannya di China, yang berjumlah RM19, 000 dalam kos tiket, deposit hotel dan mata wang asing ditukar dibatalkan.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Boleh tak rujuk siapa peguam yang handal kerana saya hendak menuntut gantirugi tidak mendapat penempatan sejak 8tahun oleh kementerian pelajaran? Tq..
Zura, Subang Jaya
Pembetulan, merujuk comment sebelum ini tentang hasrat ingin menuntut gantirugi dari Kementerian Pelajaran kerana tidak memberi penempatan setelah 8tahun.. Jumlah yang dituntut bukanlah rm23k, tetapi rm52k..saya masih berhasrat membuat tuntutan tetapi tidak pasti dan takut kerana ini adalah badan kerajaan..terima kasih.
(zura630@gmail.com)
Post a Comment