JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, December 4, 2011

KITA tanding semua kerusi Sabah PRU-13

PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), parti yang diketuai oleh mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akan bertanding di kesemua kawasan Parlimen dan DUN Sabah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Zon Pedalaman merangkap Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Thomas Anggan berkata Parti Kita telah bersedia di semua kawasan pedalaman iaitu Tenom, Pensiangan dan Keningau.

Mantan Wakil Rakyat Bingkor itu memberitahu, calon-calon yang berpotensi telah dikenal pasti oleh kepimpinan parti itu yang akan mencabar calon-calon lawan pada pilihanraya yang akan datang.

Bagaimanapun Thomas enggan mendedahkan nama bakal calon tersebut yang hanya akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

“Kita tidak akan berpakat dengan mana-mana parti pembangkang dan Presiden Kita (Zaid Ibrahim) juga memberi restu untuk Kita bertanding di kesemua kawasan Parlimen dan Dun di pedalaman,” kata Thomas selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan majlis Pemimpin Bersama Ahli dan Pelancaran Parti Kita yang akan diadakan pertengahan bulan Disember ini.

Turut hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Penyelaras Parlimen 180 Keningau, Haji Masmin, Penyelaras Parlimen Tenom, Mutang Dawat dan Penyelaras Parlimen Pensiangan, Engah Sintan @Dahlan Abdullah.

Beliau berkata, Parti Kita adalah parti yang komited kepada rakyat dan merupakan landasan kepada rakyat di pedalaman yang masih terpinggir di bawah kerajaan yang ada.

“Kita akan memainkan peranan penting di kawasan pedalaman dan menyuarakan isu-isu yang penting untuk masa depan masyarakat di pedalaman,” kata Thomas.

Katanya, Kita juga menuntut perjalanan pilihanraya yang bersih, adil dan tidak ada penipuan.

Sementara itu seorang ahli Parti Kita dari Pensiangan berkata, semasa penamaan calon pihak yang berkuasa iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) harus berlaku adil kepada parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya.

“Biarlah ada pertandingan kerana kalah dan menang itu terserah kepada rakyat, Kita tidak mahu ada calon menang tanpa tanding kerana itu tidak adil, kalau sudah datang di penamaan calon kenapa tidak terima sahaja,” katanya.

No comments: