JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, March 21, 2012

Kerusi SAPP : PBRS vs PBS vs LDP vs UPKO vs Umno

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata isu mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional negeri pada pilihan raya umum sebaiknya dibincangkan pada meja bulat dan bukan secara terbuka.

Beliau berkata ini bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan BN.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata agihan kerusi, yang diberikan dan dipersetujui oleh semua anggota parti komponen BN Sabah pada pilihan raya yang lepas, seharusnya menjadi asas rundingan.

“Cuma kerusi Parlimen dan negeri yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) (yang keluar daripada Barisan Nasional pada September 2008), perlu dibincang secara bersama oleh BN negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Air Sedunia peringkat negeri Sabah di sini kelmarin.

Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose pada Ahad lepas yang mahu BN mengkaji semula formula agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya.

John dipetik sebagai berkata bahawa BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini yang menurutnya banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan itu, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak.

“Beliau bebas memberi pandangan namun ada baiknya isu seperti ini dibincangkan melalui perundingan meja bulat,” kata Pairin.

Mengenai keinginan beberapa parti komponen BN negeri meletakkan calon daripada parti masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar, yang dahulunya dimenangi oleh SAPP, beliau berkata: “Seperti juga parti komponen BN yang lain, PBS juga berminat untuk meletakkan calon di situ.”

SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi Parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

Dua lagi kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP iaitu Elopura dan Tanjung Papat kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, memutuskan untuk keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan.

10 comments:

gaman said...

berkenaan dengan kenyataan Datuk John Ambrose, beliau patut fikir apa yang akan berlaku sekiranya parti komponen yang mewakili kerusi itu akan kehilangan juga kerusi itu walaupun mereka telah melakukan yang terbaik di kawasan yang diwakili..

sudah tentu mereka akan bekerja sambil lewa memandangkan tidak ada apa2 jaminan bahawa kerusi itu akan kekal milik mereka sekalipun mereka berjaya membawa pembangunan dan menyelesaikan 100% masalah rakyat di kawasan yang diwakili.

maddi said...

Betul juga apa si pairin cakap ni. Bikin malu saja bincang terang-terangan nampak mcm gila kerusi pula.

maddi said...

Berusahalah menyelesaikan sesuatu perkara di meja bulat kerana ia mampu mengelakkan pihak luar memandang serong kesatuan sesuatu parti.

gaman said...

ada baiknya jika pucuk pimpinan dapat mengadakan perjumpaan dikalangan pemimpin2 parti komponen untuk membincangkang pembahagian kerusi secara tertutup.. setiap keputuan yang diambil perlu bersifat menang2 bagi mengelakkan ada dikalangan parti komponen BN yang tidak berpuas hati yang seterusnya membawa perkara itu ke media..

Anonymous said...

Setiap masalah haruslah diselesaikan dengan cara baik. Tak payah kecoh2 takut nanti ada pihak yang ambil kesempatan pula.

Esther said...

Sesama sendiri pun ada juga hal yang timbul, inikan lagi kalau memang dari team yang berbeza.. hhmm..

Esther said...

Tapi ada baiknya juga kalau nasihat si Pairin ini didengar. Lagipun tak rugi juga kan kalau kita ambil yang jernih:)

Hinamori said...

Datuk Seri Musa Aman has emphasised the importance for all UmnoBN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the next 13th GE

Hinamori said...

He is optimistic that Sabah BN is capable of winning all seats in the State in the coming election

surinah abas said...

Agihkan kerusi sebaiknya. Sebagai komponen BN seharusnya faham dan akan menerima apa saja keputusan yang dibua.t