JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 17, 2012

7 inti penting deklarasi Kuching

KUCHING 17 September 2012 : Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (Pakatan) sempena sambutan Hari Malaysia semalam antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.

Deklarasi yang menggariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat di kedua-dua negeri itu adalah kotmitmen Pakatan untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Ia telah ditandatangani oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang semalam. Deklarasi berkenaan turut diumumkan pada majlis itu.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1. Kerjasama bersekutu
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

2. Perwakilan yang adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

3. Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

4. Pengiktirafan hak ke atas tanah adat
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

5. Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf pelantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

6. Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke  20%.

7. Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

No comments: