JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, September 13, 2012

Boleh masuk sekolah tanpa dokumen pengenalan - menteri

KUCHING: Kanak-kanak warganegara tanpa dokumen pengenalan diri boleh diterima masuk ke sekolah-sekolah kerajaan di negara ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah (bertudung hijau tapi tak lengkap) berkata, tindakan menghalang kanak-kanak ini daripada bersekolah hanya akan mengundang masalah sosial.

“Kita tidak boleh membiarkan kanak-kanak tinggal di rumah apabila mereka boleh bersekolah.
“Masalah dokumen penge-nalan diri boleh diselesaikan kemudian. Apa yang lebih penting ialah benarkan mereka memasuki sekolah dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan daripada Temenggung Vincent Lau dan rombongan berhubung Dana Amanah Pendidikan Cina di pejabatnya, Tingkat 15, Bangunan Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Tambah Fatimah, ketua kaum dan ketua masyarakat memainkan peranan yang penting dalam masalah ini.

Pemimpin-pemimpin masyarakat katanya, perlu tampil membantu keluarga kanak-kanak warganegara tanpa dokumen pengenalan diri terutama dalam proses pendaftaran persekolahan dengan surat sokongan.

“Seperti yang kita tahu hak asas kanak-kanak adalah untuk mendapatkan pendidikan.

“Justeru tidak ada sebab untuk kita menghalang mereka daripada bersekolah meskipun tanpa dokumen pengenalan diri,” ujarnya.

Berdasarkan kepada statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, bilangan kanak-kanak tidak bersekolah di Sarawak pada tahun 2011 adalah seramai 41 orang.

Jumlah keseluruhan kanak-kanak tidak bersekolah di negara ini bagi tahun 2011 adalah seramai 2,059 orang dengan Johor mencatat jumlah tertinggi seramai 172 orang.

Antara sebab-sebab kanak-kanak ini tidak bersekolah ialah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pelbagai alasan lain.

Dalam pada itu, mesyuarat jemaah menteri pada 16 Januari 2008 memaklumkan bahawa semua anak warganegara tanpa dokumen pengenalan diri boleh diterima masuk ke sekolah kerajaan.

Manakala mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan pada 22 Jun 2010 meluluskan dasar pendidikan yang membenarkan kanak-kanak bukan warganegara Malaysia tanpa pengenalan diri mendapat pendidikan secara tidak formal melalui pendidikan alternatif dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan NGO.

No comments: