Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang En Yin berpendapat bilangan penganggur di negeri itu sebanyak 5.2 peratus atau seramai 85,200 orang adalah rendah berbanding negara lain.
Pandangan itu diutarakannya dengan memberi perbandingan antara NEGERI Sabah dan NEGARA lain termasuk Australia, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol.
Hakikatnya, kadar pengangguran seluruh negara atau peringkat kebangsaan hanyalah tiga peratus dan ia lebih rendah berbanding kadar pengangguran di negeri itu.
"Bilangan penganggur seramai 85,200 ini adalah kecil berbanding dengan bilangan buruh asing di Sabah, terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Pembangunan Ekonomi Sabah dan Lembaga Pelaburan (Riadah Leisure).
Beliau berkata demikian semasa merasmikan pembukaan forum awam pembangunan modal insan di Koridor Pembangunan Sabah (SDC), di Kota Kinabalu pada 26 September lalu.
Sehingga kini, Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman seringkali berbangga dengan kenyataan bahawa negeri itu menerima pelaburan tertinggi di Malaysia pada 2011.
Walhal, adalah tidak berbaloi jika pelaburan tertinggi tetapi bilangan penganggur juga ramai selain negeri itu hingga kini kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Fakta itu diakui sendiri Jabatan Menteri di Perdana Menteri yang dikeluarkan beberapa bulan lalu.
No comments:
Post a Comment