Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk
mengeluarkan semula kad pengenalan khas yang membezakan warga Sabah
dengan penduduk lain di Malaysia, sekiranya berjaya membentuk kerajaan
pada pilihan raya akan datang.
Bekas ketua menteri itu berkata,
kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang
tulen atau sebaliknya memandangkan ramai pendatang asing tanpa izin
didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.
Katanya,
"Kad Pengenalan Sabah" itu antara lainnya akan memberi keistimewaan
kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.
Tegasnya, kad
pengenalan khas yang dijanjikannya itu hanya akan diberikan kepada warga
Sabah manakala MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan adalah
kad pengenalan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Kuasa
mengeluarkan kad pengenalan itu terbukti kerana pada masa lalu, kad
pengenalan mempunyai tanda tempat dikeluarkan adalah Kota Kinabalu,"
katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Kepayan, Kota Kinabalu pada
Jumaat lalu.
Yong berkata, janji untuk mengeluarkan Kad
Pengenalan Sabah itu berasaskan kepada 20 perkara yang ditandatangani
apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk
persekutuan Malaysia.
Turut hadir dalam majlis
ceramah Yong adalah penasihat SAPP Datuk Mohd Noor Mansur serta tiga timbalan presiden – Datuk Eric
Majimbun, Datuk Liew Teck Chan dan Amde Sidik.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Monday, September 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment