JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 17, 2012

Amaran Anwar kepada Lajim dan sewaktu dengannya

Mesti ikhlas sertai KEADILAN, kata Anwar

Walaupun mengalu-alukan penyertaan mana-mana pemimpin Umno BN ke dalam KEADILAN, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terbuka kepada mereka agar membetulkan niat terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

Ia termasuklah kata beliau, pemimpin itu harus ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat dan bukan semata-mata mengejar kedudukan atau mahu memanipulasi kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni sebagaimana amalan Umno BN.

"Saya sudah mengulangi banyak kali sebelum ini bahawa mana-mana pemimpin yang berhasrat bersama kami kerana mahu melobi menjadi calon dalam pilihan raya kerana mahu menjadi kaya akan ditolak.

"Pendirian kami sangat jelas dan kita mahu pemimpin yang ikhlas berjuang mewakili rakyat dan untuk kepentingan rakyat," katanya pada sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat di Dalit, Tuaran, Sabah 15 September lalu.

Hadir sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan pimpinan Pakatan pelbagai peringkat.

Turut kelihatan, bekas Ahli Parlimen Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas Ahli Parlimen Upko Tuaran, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing yang masing-masing menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) penghujung Julai lalu bagi menyokong Pakatan Rakyat.

Ketika ini wujud desas-desus APS dan PPS sedang melobi calon masing-masing untuk bertanding mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan tujuan agar mereka menjadi Ketua Menteri Sabah.

Malah Lajim sudah menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menubuh Parti Bumiputera Bersatu (Bumi) sejak awal September lalu dan mahu bertanding semua kawasan majoriti Melayu Islam di negeri itu.




PAS dan KEADILAN bagaimanapun menolak cadangan itu kerana ia jelas membelakangkang mereka dan ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri kerana Lajim sudah setuju menyokong Pakatan sebagaimana dijanjikannya pada hujung Julai lalu.

No comments: