Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyifatkan Umno BN umpama pokok yang mampu ditumbangkan jika ditebang secara beramai-ramai.
“Kita yakin mampu menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. “Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita ‘menebang’ pokok besar (BN), ia akan tumbang jua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Sarawak yang dirasmikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Miri, 3 September lalu.
Turut hadir, Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (Adun) Piasau Alan Ling, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Ketua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee dan Ketua KEADILAN Cabang Miri, Dr Michael Teo.
Turut mencuri tumpuan kehadiran bekas Timbalan Menteri Pelajaran Sarawak, Datuk Salleh Jafaruddin dan pengumuman beberapa tokoh negeri ke dalam parti Islam itu.
Mereka termasuklah masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh Ramba Asun dari Kuap, Sungai Bakas dari Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah dari Lundu dengan semua borang diserah kepada Hadi Awang.
Muhammad Rashidi ialah penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah dan merupakan pendakwah terkenal.
Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun Muhammad Rashidi kerap balik ke Sarawak dan aktif menjelajah negeri itu membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak sejak setahun lalu.
No comments:
Post a Comment