JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, September 23, 2012

Kabinet Bayangan Rahsia Pakatan, kata Lajim

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat adalah rahsia Pakatan Rakyat dan ia menjadi hak mereka untuk tidak mendedahkannya, kata Ahli Parlimen Umno Beaufort yang berpaling tadah, Datuk Seri Lajim Ukin.

"Apa yang lebih penting ialah mandat rakyat dalam pilihanraya kerana Kabinet Bayangan hanya diwujudkan selepas dibincang bersama komponen Pakatan Rakyat," katanya selepas sesi bertemu rakyat di Beaufort 21 September lalu.

Lajim mengulas provokasi Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendesak Pakatan Rakyat mendedahkan Kabinet Bayangan itu sebagai cubaab menutup isu tindakan beberapa pemimpin Umno keluar parti.

Lajim meletak jawatan sebagai Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Beaufort, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Cawangan Umno Kampung Kerambai Kebatu dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan sejak Julai lalu.

Beliau turut menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Parti Bumiputera Bersatu (Bumi) yang menyokong Pakatan Rakyat, namun kekal sebagai ahli Umno hingga kini walaupun sudah diberi surat amaran dari partinya.

Turut meninggalkan keluar parti ialah Bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, masing-masing pada 15 dan 16 September lalu.

Turut keluar parti ialah bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing, Senator Sabah, Datuk Maijol Mahap serta Douglas Lind, bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri (KM), Datuk Seri Harris Salleh.

Harris menjadi KM semasa memimpin parti Berjaya yang memerintah dari 6 Jun 1976 hingga 22 April 1985.

No comments: