JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 24, 2012

Taktik Umno cantas perkembangan PAS di Sabah

Pengendali taman asuhan kanak-kanak di negeri ini yang belum mendaftar diminta tampil atau berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun.

"Perkara ini penting bagi memastikan semua pusat penjagaan kanak-kanak di negeri ini 'mematuhi segala peraturan ditetapkan'," katanya pada majlis sambutan Hari Taska 2012 peringkat negeri di Kota Kinabalu, pada 23 September lalu.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah (gambar) menyelar tindakan Umno Sabah melalui Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kerana mengeluarkan arahan agar menutup Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) di daerah itu.

 "Bagaimana mungkin perlu menghentikan operasi PASTI sedangkan ia merupakan salah satu aktiviti parti yang disebut di dalam perlembagaan PAS.

“Sewajarnya MPS bertindak menutup pusat-pusat maksiat yang telah banyak menjerumuskan remaja Muslim ke lembah maksiat dan keruntuhan moral,” katanya.

Beliau merujuk notis yang dikeluarkan MPS bertajuk “Notis menghentikan operasi taska PASTI” bertarikh 23 Mei 2011 dengan nombor rujukan MPS:200-00/031/0004/007/.

Pasti ditubuh sejak 25 tahun lalu dan secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2).

Sejak penubuhannya, ianya mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang menghantar anak mereka termasuk masyarakat bukan Islam di negeri.

Malah Pasti daerah Tawau, Sabah dinobat sebagai PASTI terbaik seluruh Malaysia dalam sambutan 25 tahun PASTI Peringkat Kebangsaan di Kelantan pada Oktober 2009.

No comments: