JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, September 10, 2012

Lajim tubuh parti BUMI

Masdar Wahid

Datuk Seri Lajim Ukin menubuhkan Parti Bumiputera Bersatu atau ringkasnya BUMI dengan surat permohonan mengenainya sudah diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu lalu.

Penubuhan parti itu katanya dirancang sejak beliau meletak semua jawatannya dalam Umno penghujung Julai lalu.

"Minggu lalu permohonan sudah dikemukakan dengan ROS sedia mempertimbangkannya dan jika diluluskan, kami akan bertanding di bawah tiket BUMI pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sempena Hari Malaysia di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah 9 September lalu.

Beliau turut memberitahu hanya menjadi ahli biasa dan tidak akan memegang jawatan dalam parti baru itu yang kini diterajui Datuk Idrus Salleh.

Lajim berkata, beliau bersama pimpinan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) hanya akan bertanding di bawah tiket gabungan Pakatan Rakyat jika permohonan BUMI dilewatkan kelulusannya.

Lajim turut menyatakan komitmennya agar agihan kerusi PPS bersama komponen Pakatan diselesaikan segera agar wujudnya pertandingan satu lawan satu antara gabungan pembangkang Sabah lawan BN.

Pada 27 Ogos lalu, Lajim menegaskan parti baru yang bakal ditubuhkan sebagai platformnya bagi menggantikan PPS akan bertanding di semua kawasan Umno.

Bagi kerusi majoriti Cina, campuran atau Kadazan Dusun Murut (KDM), Lajim menyerahkanya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dan parti pembangkang lain untuk bertanding.

Lajim meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Beaufort, Ketua Cawangan Umno Kampung Kerambai Kebatu 30 Julai lalu dan menubuh PPS sebagai paltform politiknya.

Lajim sehingga kini bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno walaupun tempoh untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab Umno sudah berakhir sejak 14 Ogos lalu.

No comments: