JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 19, 2010

PCM sertai BN ?

Parti Cinta Malaysia (PCM) yang ditubuhkan di Pulau Pinang oleh sekumpulan pemimpin Parti Gerakan, kain dilihat milik rejim BN apabila Pengerusi PCM negeri Sarawak, Gabriel Adit bersama-sama pemimpin SPDP, sebuah sekutu BN di Sarawak dalam satu kempen baru-baru ini.

Gambar Gabriel bersama-sama pemimpin SPDP dalam satu majlis didedahkan oleh seorang peimimpin PBB, di laman social facebook.com kira-kira 12 malam tadi.

Majlis yang diadakan dalam Parlimen Kanowit itu menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak termasuklah PBB, sekutu utama BN di negeri Sarawak.

Terdahulu, beberapa hari sebelum Gabriel dilantik sebagai Pengerusi PCM negeri Sarawak, beliau ada menemui Presiden Umno, Najib Razak.

Tidak lama selepas itu, pimpinan tertinggi PCM di Pulau Pinang pula mengecam keras PKR di Pulau Pinang sehingga menyaksikan beberapa Ahli Parlimen PKR di negeri itu keluar parti menjadi wakil rakyat bebas pro BN.

Selain PCM terdapat lagi beberapa parti baru yang muncul di Bumi Kenyalang sejak akhir-akhir ini yang berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya negeri Sarawak akan datang.

Parti itu termasuklah Jawatankuasa Penaja Umno negeri Sarawak (JPUNS), Peace Party dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) yang kesemuanya didakwa ada kaitan dengan pemimpin BN.

Peace Party dan PERS misalnya dipimpin oleh bekas ahli PBB.

Parti-parti baru itu mendapat liputan yang cukup baik di media tempatan negeri Sarawak khususnya Peace Party yang merayu secara terbuka kepada rakyat di negeri itu untuk menyertai mereka termasuklah nombor telefon yang diberi publisiti secara percuma di akhbar Borneo Post.

Anehnya, parti baru sebelum ini dikenali sebagai MDC tetapi pro kepada Pakatan Rakyat gagal mendapat liputan sebaik parti itu.

Untuk rekod, media tempatan di Sarawak kini mendapat ancaman dari pemimpin di negeri itu agar jangan memberi liputan secara meluas terhadap program Pakatan Rakyat.

No comments: