JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 13, 2010

Peace Party, Pembangkang tajaan BN?

Rejim BN kian tertekan dalam usahanya mempertahankan negeri Sarawak apabila terus menggunakan pelbagai taktik dan cuba mengelirukan rakyat menjelang pilihanraya di negeri itu.

Terbaru, rejim BN di Sarawak didakwa menjadi dalang kepada pembentukan sebuah parti baru, Peace Party yang diterajui oleh bekas pemimpin Parti Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB), Julian Petrus Jout.

PBB ialah sekutu utama BN di Sarawak selain Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Rekod menunjukkan Julian mula menjadi ahli PBB sejak tahun 1986 dan hanya meninggalkan parti itu awal Jun lalu sebelum menubuhkan Peace Party pada 13 Jun 2010.

Menarik juga untuk dicatatkan di sini apabila parti itu mendapat liputan berterusan daripada akhbar yang dimiliki oleh sekutu BN selain sehingga kini parti itu berusaha memantapkannya sebelum mendaftarkannya kepada Perdaftar Pertubuhan (R.O.S), sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri di Sarawak.

Sebelum ini, Kongres Dayak Malaysia (MDC), sebuah parti serpihan BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) gagal didaftarkan malah tidak mendapat liputan sebaik Peace Party.

Peace Party dalam laporan media pro-BN turut dipaparkan nombor telefon serta rayuan kepada penduduk Sarawak yang berminat menyertai parti itu.

Namun, apa yang pasti kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Julian menguatkan lagi hujah bahawa parti itu sebenarnya tajaan BN bagi memecahkan undi Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri yang ke 10 pada kali ini.

“Saya menerima kata-kata perangsang daripada rakan-rakan yang kebanyakannya merupakan golongan profesional dan ahli parti komponen BN agar menubuhkan sebuah parti.

Lazimnya, mana-mana parti di luar BN adalah parti pembangkang.

Kami berada di luar BN tetapi bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

Sila dapatkan edisi khas pilihanraya negeri Sarawak dalam keluaran akhbar KABAR di pasaran.

KABAR sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan, yang penerbitannya kerap diganggu Kemneterian Dalam Negeri (KDN).

No comments: