PIHAK berkuasa tempatan perlu memantau kewujudan kelab malam dan rumah urut yang tumbuh seperti cendawan di Labuan. Kewujudannya lama disedari pelbagai pihak dengan yang melakukan aktiviti tidak bermoral.
Ini banyak memberi kesan buruk terhadap masyarakat setempat walaupun ia dianggap sesetengah pihak sebagai menarik minat pelancong.
Kehadiran warga asing terutama dari Filipina tidak dapat disangkal kerana majoriti pekerja kelab dan rumah urut daripada kalangan rakyat negara itu. Jika dilihat pandangan mata kasar, keluasan Labuan memang tidak munasabah dengan bilangan kelab malam melebihi 40 premis.
Click Here
Bersama kita fikir sejenak kesan buruk mendatang dan sama-sama kita berdoa mudah-mudahan Allah SWT tidak menurunkan bala ke atas hambanya yang tidak berdosa atas sebab perbuatan kealfaan segelintir kaumnya.
PENDUDUK MUAK,
Labuan.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment