JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 10, 2010

Musim Perompak Merompak Orang Umno

Berita Harian melaporkan 3 penjenayah amat dikehendaki ditembak mati ketika memecah masuk rumah ketua cawangan UMNO di Kg Air Gelugor Tenai, Gemencheh, Seremban dan seorang sempat melarikan diri. Kejadian berlaku jam 5 pagi tadi.

Pada 5 Julai, 4 lelaki ditembak mati ketika merompak di kediaman exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan di Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek, Kuantan. Menurut berita RM300 000 dilarikan dari rumah tersebut. Seorang perompak sempat melarikan diri. Rompakan ini menjadi pertikaian dengan angka RM300 000 dan 4 yang ditembak mati.

Kedua-duanya berlaku di rumah orang-orang Umno. Orang-orang Umno mungkin menyimpan banyak ‘pitis’ di rumah mereka, itulah yang disukai perompak. Dua kes 7 ditembak mati. Setiap kes seorang berjaya melarikan diri. Seorang berjaya melarikan diri adalah kerana boleh menjadi saksi bagaimana rakan-rakan mereka ditembak mati oleh polis. Itulah gambarannya.

Kita pun hairan, bagaimana dengan pertambahan anggota polis, bertambahlah kejadian jenayah berlaku. Sebenarnya itu tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah tanpa ada keberkatan. Kita perlu kepada berkat-Nya juga.

No comments: