SAYA adalah antara pelanggan pakej komputer 1Malaysia. Saya mengambil keputusan untuk melanggan pakej ini kerana saya adalah penduduk luar bandar iaitu sasaran utama pakej ini ditawarkan. Saya melanggan pada 28 Mei lalu yang dilancarkan di tempat saya iaitu sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, hampir dua bulan sehingga sekarang saya tidak dapat menggunakan internet ini walau bilnya sudah dihantar ke alamat kediaman saya. Untuk pengetahuan TM, kontraktor datang untuk melakukan penyambungan wayar dan selepas selesai kerja itu, pihak TM akan datang ke kediaman saya untuk melihat sama ada wujud sambungan rangkaian atau tidak.
Malangnya, tidak wujud langsung di kediaman saya yang menyebabkan sambungan internet tidak dapat dilakukan dan lebih malang lagi netbook percuma itu sendiri tidak akan dihantar selagi tiada sambungan internet.
Click Here
Lawak apakah yang cuba dibuat di mana mempromosi sehabis mungkin untuk pakej RM38 + netbook percuma ini tetapi pada masa sama kemudahan kawasan liputan tidak dipertingkatkan.
Saya pernah cuba untuk melanggan pakej jalur lebar tanpa wayar, tetapi kerana kawasan saya ini tiada perkhidmatan 3G maka perkhidmatan ini tidak dapat digunakan.
Saya merayu kepada pihak TM agar mempertingkat dulu kemudahan kawasan liputan agar kami pelanggan di luar bandar tidak terus teraniaya dek kerana promosi bak gula tetapi hasilnya bak hempedu.
PELANGGAN KECEWA, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment