JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 20, 2010

Krisis Umno Kinabatangan - Saddi cari publisiti lagi


KINABATANGAN 19 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Abdul Rahman meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Saddi berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak baik kepada UMNO tetapi rakyat di kawasan itu.

‘‘Saya percaya ada orang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan menyampaikan sesuatu yang tidak benar kepada Bung Moktar.

‘‘Nasihat saya hentikan tindakan tidak bertanggungjawab itu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian perlawanan bola sepak anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan dan Mukim Kampung Tronglit di Padang Sepimong, Sukau dekat sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda bahagian itu, Matmin Itin; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Firdaus Akbar Khan dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Sharin Abdul Rahman.

Saddi berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut selepas namanya dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab memburukkan Bung Moktar pada Mesyuarat Perwakilan itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sendiri sudah menerangkan kepada Bung Moktar dan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan itu menerima penjelasannya.

‘‘Kami tidak ada apa-apa malah hubungan kami kembali pulih sebelum majlis itu berakhir,” katanya.

Saddi berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana pihak yang mendapat kesan dan merasa kerugian adalah rakyat kawasan itu.

Katanya, rakyat kawasan DUN Sukau masih memerlukan pembelaan daripada semua pemimpin Barisan Nasional yang telah dipilih mereka.UM

Bung Moktar sedia letak jawatan jika Saddi dapat buktikan berlaku penyelewengan.


Berita terdahulu = 29th October, 2008


KOTA KINABALU: Timbalan Pen-gerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin kelmarin berkata beliau bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan sekiranya benar ada unsur penyelewengan dalam mesyua-rat pemilihan Umno bahagian itu pada 18 Oktober lalu.

Bung Moktar berkata, jika Ahli De-wan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Saddi Abdul Rahman dapat membuktikan wujudnya unsur penyelewengan dalam proses pemilihan Umno bahagian itu baru-baru ini, beliau sedia untuk meletakkan kedua-dua jawatan itu.

“Saya cabar beliau (Saddi) secara terbuka untuk membuktikan mengenai kesahihan terhadap penyelewengan ya-ng beliau dakwa berlaku semasa mes-yuarat persidangan pemilihan Bahagian Kinabatangan pada 18 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Adun Sukau, Saddi Abdul Rahman kelmarin mengenai kekalahannya dalam merebut ja-watan Timbalan Ketua Umno Kina-batangan pada mesyuarat pemilihan parti bahagian itu yang didakwanya dirancang untuk menjatuhkannya dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua di bahagian tersebut.

Saddi yang tewas kepada Setiausaha Umno bahagian itu, Jeffry Ariffin dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian mendakwa kekalahannya bukan sahaja dengan cara pengendalian mesyuarat yang tidak sah tetapi juga wujud konspirasi untuk menjatuhkannya.

Bung Moktar yang mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Umno bahagian itu tanpa bertanding berkata, jika Adun Sukau itu gagal membuktikan mengenai wujud penyelewengan dalam pemilihan parti itu, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Adun kerana membuat dakwaan yang tidak ber-asas.

Katanya, jika Saddi yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan ahli Umno dan rakyat di kawasan Kinabatangan, kenapa beliau tidak bertanding untuk mencabarnya bagi merebut jawatan Ketua Bahagian.

Menurut Bung Moktar, adalah tidak salah untuknya mempunyai cita-cita termasuk dalam politik sekalipun dan tidak ada sebab untuk orang lain merasa cemburu dalam perkara itu.

Beliau menasihatkan Adun Sukau itu, supaya memberi tumpuan dalam membela nasib rakyat di kawasan DUN Sukau yang masih memerlukan pembelaan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, rakyat akan menilai pres-tasi wakil rakyat dan tidak seharusnya berbangga dengan “gelaran Yang Ber-hormat (YB) “kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang seharusnya di-pikul dengan sebaik mungkin untuk membela nasib rakyat yang diwakili.

No comments: