Masdar Wahid
Ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menerima dengan hati terbuka pemecatan beliau sebagai
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Saya tidak boleh menafikan kuasa Perdana Menteri untuk membatalkan
jawatan saya. "Jadi, saya menerima keputusan itu dengan hati yang
terbuka," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu semalam.
Mengenai keahliannya dalam Umno, Lajim memutuskan sama ada akan membalas
surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya atau terus mengabaikannya.
Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)
menasihatkan suku kaum itu memberi tumpuan kepada pembangunan kumpulan
etnik dari segi pendidikan dan taraf hidup tanpa mengira fahaman
politik.
"Saya presiden PBBS sejak 1980-an dan kami mempunyai lebih 20,000
anggota seluruh negeri, tetapi tidak semua mereka terlibat secara aktif
dalam politik.
"Objektif utama kami ialah membantu masyarakat Bisaya Sabah memperbaiki
taraf hidup mereka termasuk mempunyai taraf pendidikan yang baik,"
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment