JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 4, 2011

20,000 tiada pengenalan diri

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menggesa parti-parti politik, khususnya wakil rakyat, menyalurkan maklumat berkaitan kewarganegaraan, khususnya penduduk di kawasan luar bandar.

Pengarahnya Ismail Ahmad berkata ini merupakan cara terbaik bagi JPN dan parti-parti politik bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan yang sering dipolitikkan.

Lagipun, dengan kedudukan parti politik yang lebih rapat dengan rakyat, mereka boleh membantu JPN mengenal pasti warganegara yang masih belum ada sijil kelahiran atau MyKad, katanya.

"Kami anggarkan terdapat kira-kira 20,000 warganegara yang masih belum ada dokumen pengenalan diri. Kami percaya anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri telah mengenal pasti lebih banyak lagi," kata Ismail kepada pemberita selepas menerima kunjungan pasukan Biro Warganegara Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini Selasa.

Pasukan itu diketuai Ketua Penerangan UPKO Datuk Donald Peter Mojuntin, yang juga Timbalan Menteri Kewangan negeri.

Ismail berkata JPN negeri sedar mengenai masalah yang dihadapi penduduk di kawasan pendalaman untuk pergi ke pejabat JPN berdekatan. Oleh yang demikian, katanya unit bergerak telah ditubuhkan untuk masuk ke kampung penduduk.

Katanya unit bergerak itu melakukan kunjungan ke kawasan pedalaman berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh wakil rakyat atau pihak berkuasa tempatan.

Mengenai isu pengundi hantu dalam senarai pemilih, Ismail berkata nama warganegara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tulen berdasarkan daftar JPN.

Bagaimanapun, katanya walaupun jabatan itu bekerjasama rapat dengan SPR untuk memadamkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pemilih, mereka masih berdepan dengan masalah kematian tidak didaftarkan.

No comments: