JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 29, 2011

'Bersara menjelang Perbicaraan Anwar'

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi (kanan) enggan menyambung perkhidmatannya selama enam bulan lagi selepas beliau mencapai usia persaraan 66 tahun pada 12 September ini dengan memberikan dua sebab.

"Pertama, saya berjanji kepada isteri bahawa saya tidak akan berkhidmat lebih lama daripada sepatutnya dan lebih penting lagi, saya yakin pengganti saya akan mampu melaksanakan tanggungjawab ini, mungkin lebih baik daripada saya," katanya.

Mengenai rancangannya selepas bersara, Zaki berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya semasa menjadi peguam sebelum dilantik menyertai badan kehakiman.

"Yang pastinya, saya tidak akan menjalankan tugas sebagai peguam," katanya.

Mesej beliau kepada penggantinya ialah:

"Sentiasa tambah baik (badan kehakiman). Tetapi nasihat details (terperinci) akan saya bisikkan kepada dia. Saya tidak percaya kepada nasihat secara terbuka."

Beliau bersara pada 12 September ini iaitu seminggu sebelum kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan iaitu pada 19 hingga 23 September depan.

Perlantikannya sebagai Ketua Hakim Negara sangat kontroversi kerana beliau terlalu cepat naik dan ia didakwa ada kaitan dengan Umno.

Beliau dilantik ke Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2007 dan dua bulan kemudian terus dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, suatu proses yang sangat singkat sekaligus meminggirkan individu lain yang lebih berpengalaman dan lebih berkelayakan.

Perlantikannya juga dikaitkan dengan kes Anwar yang mula difitnah kali kedua melibatkan isu liwat bermula pada Ogos 2008.

Malah, cadangan Pakatan Rakyat melalui Ahli Parlimen PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub agar Dewan Rakyat membincangkan kedudukan Zaki ditolak bulat-bulat oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Untuk rekod, Zaki pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) Umno dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Umno serta Panel Rayuan Disiplin Umno.

Malah, Zaki juga pada 8 November 2008 dalam New Straits Times (NST), mengakui pernah merasuah kakitangan mahkamah pada 1987 tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari ia bakal menjejas kedudukannya.

Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu selain turut melaporkannya di Balai Polis Dang Wangi.

Sehubungan itu, Karpal mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR-kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM) hendaklah menyiasatnya di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961.

Bagaimanapun, sekali lagi Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu.

Rasuah ialah budaya Umno dan sehingga kini, parti pimpinan Datuk Seri Najib itu tetap mengekalkan pemimpin rasuah dalam partinya.

Mereka termasuklah bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad yang kini menerajui Felda yang melibatkan 100 peratus milik orang Melayu.

No comments: