JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 25, 2011

Pengguna Facebook desak Adun letak jawatan

OYA: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah mengesahkan dirinya dicabar untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menerusi Facebook jika isu ketiadaan bekalan air paip di Oyu gagal ditangani.

Tanpa menyatakan identiti pengirim cabaran itu, beliau memberi alasan usaha menangani masalah ketiadaan bekalan air paip di Oyu secara holistik tidak dapat dilakukan dalam masa singkat.

“Isu air? Kotak mesej masuk telefon bimbit saya penuh dengan aduan, kritikan mahupun cadangan mengenai perkara ini. Selain itu, peti kiriman Facebook saya turut dihujani subjek yang sama.

“Bahkan, ada individu yang secara terbuka mencabar saya meletak jawatan sebagai Adun Dalat andai isu ini berterusan,” katanya dalam sebuah majlis di Oyu semalam.

Dalam jawapannya, Fatimah sebagaimana amalan BN yang suka berjanji berkata, juga berjanji akan terus memberi perkhidmatan terbaik sambil mendesak penduduk memahami prosedur dan kekangan tertentu yang menyebabkan permohonan rakyat lewat menerima respons.

“Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-10, April lalu memang banyak permohonan untuk projek tetapi tidak semua dapat dilaksanakan serentak.

"Sebagai contoh, permintaan penduduk Taman Ceria Dalat untuk membeli kanopi hanya dapat ditunaikan pada hari ini (24 Ogos 2011),” tambahnya.

Amalan Umno BN setiap kali pilihan raya ialah berjanji 'akan menyelesaikan masalah rakyat' namun banyak bukti didedah menjelaskan ianya gagal ditunaikan.

Lebih malang, sesuatu kawasan yang berdepan masalah hanya diatasi jika ianya melibatkan kroni Umno BN.

No comments: