JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, August 12, 2011

Paderi gay bakal kahwin di Malaysia?

Paderi warganegara Malaysia yang membuat pengakuan terbuka mengenai orientasi seks songsangnya dilaporkan akan berkahwin dengan ‘kekasihnya’ seorang warga Afrika-Amerika tidak lama lagi.

Pastor Ou Yang Wen Feng, 41, yang mengaku gay dikatakan akan berkahwin hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis perkahwinan bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

‘‘Kekasih saya melamar pada 26 Jun lalu iaitu dua hari selepas New York meluluskan undang-undang perkahwinan pasangan sejenis,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita AFP, pada 10 Ogos lalu.

Ou Yang kini berkhidmat di Gereja Komuniti Metropolitan (MCC), New York iaitu sebuah gereja yang menjadi sebahagian daripada pergerakan antarabangsa gereja Kristian yang mendekati pelbagai pihak termasuk golongan homoseksual, lesbian dan transeksual.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah apabila Ou Yang turut mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan di negara ini sedangkan Malaysia tidak pernah mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Malah, homoseksual juga menjadi satu kesalahan jenayah di Malaysia yang boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara.

Ou Yang pernah menggemparkan negara ini beberapa tahun lalu apabila beliau dilaporkan mengusulkan cadangan membina gereja yang juga cawangan MCC di Malaysia bagi mengumpul dan memperjuangkan hak golongan gay serta lesbian di negara ini.-Utusan-

Ali Rustam kutuk akhbar Inggeris, pertahan Utusan laporkan Berita Gay

Akhbar tonjol berita perkahwinan sejenis dikesali: Mohd Ali

Posted on August 14, 2011, Sunday

KULIM: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kesal dengan sikap sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menonjolkan berita berhubung perkahwinan lelaki sejenis yang akan berlangsung di negara ini tidak lama lagi.

Beliau berkata, paderi warganegara Malaysia yang membuat pengakuan orientasi seks songsangnya dilapor akan berkahwin dengan pasangan kekasihnya seorang warga Afrika-Amerika tidak lama lagi.

“Dengan memperbesarkan kisah songsang paderi di akhbar berkenaan seolah-olah mengajak dan menggalakkan masyarakat di negara yang terdiri daripada golongan masyarakat majmuk dan anutan pelbagai agama menerima situasi tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Kasih Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Kedah di Kampung Air Putih, Junjong di sini.

Katanya, tindakan akhbar itu juga membelakangkan keprihatinan masyarakat di negara ini yang menganggap perkahwinan songsang adalah sesuatu yang luar biasa dan dilarang agama.

Beliau berkata, orang ramai perlu berwaspa dengan keadaan perkembangan cara hidup masa kini dan jangan mudah terpengaruh dengan budaya songsang itu.

Akhbar itu Khamis lalu melaporkan paderi berusia 41 tahun yang mengaku gay akan berkahwin hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis perkahwinan bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan Malaysia.-Bernama-

No comments: