JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 4, 2011

Pelarian Filifina dapat kewarganegaraan

Pelarian di Kem Penempatan Kiansam, yang diberikan status kewarganegaraan Malaysia, sepatutnya keluar mencari tempat tinggal baru di kawasan lain, kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.

Beliau berkata ini kerana mereka tidak lagi boleh dianggap sebagai pelarian.

Yussof menggesa Kementerian Dalam negeri supaya memeriksa kem penempatan itu bagi menentukan kesahihah maklumat yang mendakwa bahawa para pelarian dengan IMM13 (dokumen perjalanan untuk pelarian) telah menerima dokumen kerakyatan.

"Jika mereka telah diberikan kerakyatan, mereka sepatutnya meninggalkan kem penempatan dan mencari tempat tinggal lain. Ini akan memudahkan tugas pihak berkuasa memeriksa pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen," katanya.

Yussof berkata beliau telah mengarahkan kesemua 27 kampung di pulau itu membantu kerajaan untuk menghapuskan penempatan baru yang diwujudkan oleh pendatang tanpa izin.

Anggota Parlimen itu berkata ketua-ketua kempung bertangungjawab untuk mengekalkan keselamatan dan ketenteraman di kawasan masing-masing dan tidak seharusnya membenarkan pendatang tanpa izin menetap di kampung mereka.

Yussof, yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, berkata adalah menjadi kesalahan membenarkan pendatang tanpa izin membentuk kediaman haram di kampung dan tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang melindungi pendatang tanpa izin.- BERNAMA

No comments: