Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib sah tidak dicalonkan semula sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Pendedahan itu dbuat Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam sebuah majlis di Kuching pada 24 Ogos lalu.
"Beliau (Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib) telahpun menyatakan untuk tidak mengekalkan kerusi itu (Samarahan) pada PRU akan datang, sudah pasti akan ada muka baru sebagai pengganti," katanya.
Sulaiman yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan sebelum memaklumkan mahu meletak jawatan kerana berdepan masalah kesihatan dan disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 5 Disember 2009.
Sebelum menyertai kerajaan, Sulaiman menerajui syarikat milik keluarganya, Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS) dan bekas pengerusi RHB Capital, cawangan pembankan RHB yang pernah dimilik CMS.
Pada PRU lalu, Sulaiman menggantikan bapanya sebagai calon PBB untuk bertanding di kerusi parlimen Samarahan dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum ini Pakatan Rakyat di Parlimen bertanya mengenai 'kehilangan' Sulaiman namun tiada jawapan.
Malah Pakatan Rakyat Sarawak turut mendesak Sulaiman meletak jawatan kerana sejak beberapa tahun ponteng dari menjalankan tugasnya selaku Ahli Parlimen Samarahan.
Sulaiman dan Awang Tengah Ali Hasan, kedua-duanya antara nama disebut-sebut sebagai calon pengganti Taib selain Tan Sri Adenan Satem dan Abang Johari Abang Openg.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment