JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, August 10, 2011

Adun Sri Muda mohon batal pertuduhan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei akan hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam esok (11 Ogos 2011) untuk permohonan membatalkan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

"Saya akan ditemani peguam Edmund Bon, Fahri Azzat, Nizam Bashir dan Aston Paiva di Mahkamah Tinggi Shah Alam di tingkat lima, pada 11.30 pagi esok," katanya dalam satu kenyatan ringkas.

Shuhaimi, 42, yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, memfailkan notis usul itu pada 1 April lalu.

Pada afidavit yang diikrarkannya, Shuhaimi mendakwa pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan 1948 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mendakwa, undang-undang hasutan adalah relik penjajah British yang diguna untuk menghalang sebarang kritikan terhadap pejuang kemerdekaan dan undang-undang itu sudah dimansuhkan di Britain.

Selain itu, beliau juga mendakwa pendakwaan itu bersifat selektif (terpilih) kerana kerajaan mahupun Peguam Negara tidak bertindak ke atas ahli politik atau individu yang ada kaitan atau menyokong kerajaan atau Umno atau Barisan Nasional.

Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas tuduhan menerbit artikel menghasut bertajuk 'Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959' yang diterbitkan di laman blognya,
http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lalu.

Artikel disiarkan semasa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi hangat diperkatakan dan didakwa menyentuh mengenai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli politik yang memenangi kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, Shah Alam.

Bagi kesalahan itu, Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

No comments: