JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 4, 2011

Pengundi Hantu, Umno nafi partinya terlibat

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin menafikan dakwaan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee bahawa masalah pengundi hantu di Sabah berpunca daripada sikap Umno yang mementingkan diri sendiri.

Beliau berkata pengundi hantu bukan ciptaan Umno dan Umno tidak pernah mencampuri urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami hanya membantu mendaftarkan penyokong kami...itu saja. "Lihatlah perlembagaan parti kami, ia tidak langsung menyebut kami perlu mewujudkan pengundi hantu," katanya pada 3 Ogos lalu mengulas kenyataan Yong bahawa "kemunculan semula pendaftaran pengundi hantu berpunca daripada sikap Umno yang mementingkan diri sendiri dalam pengeluaran MyKad".

Yong juga dipetik sebagai berkata bahawa untuk menyelesaikan masalah itu, tindakan perlu diambil terhadap orang Umno yang bersekongkol dalam pengeluaran dokumen kewarganegaraan yang meragukan kepada orang asing.

Yahya menafikan dakwaan Yong itu dengan berkata Umno Sabah tidak pernah menyokong perbuatan mewujudkan pengundi hantu.

Yong ialah bekas Adun Likas, Sabah yang sebelum ini dibatalkan kemenagannya di DUN itu selepas didapati menang dengan sokongan pengundi hantu.

SAPP sebelum ini adalah sekutu BN di Sabah. Beliau hanya menyebut pengundi hantu selepas meninggalkan BN pada 17 September 2008.

No comments: