SAYA terpanggil untuk meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap beberapa stesen radio swasta.
Saya mengharapkan Ramadan akan membawa sedikit perubahan kepada stesen radio itu. Jangan terlalu bangga dan sibuk mengejar ranking 'terpopular', 'teratas', 'terbaik' dan sebagainya andai pengisian hanya hiburan duniawi semata-mata.
Sudahlah kita dibuai dengan lagu 'terkini' sepanjang masa.
Nama saja tukar slot dan penyampai tetapi lagu diputarkan tetap sama setiap hari.
Setahu saya, terdapat beribu-ribu lagu pelbagai rentak dan genre tetapi lagu sama diputarkan sehingga menjelang waktu berbuka.
Apa salahnya jika diselitkan sedikit tazkirah atau nasihat untuk santapan rohani kita.
Lagu nasyid juga sangat kurang diputarkan. Nak dengar lagu nasyid lain, memang terpaksa menukar stesen radio yang ‘khas’ memutarkan lagu nasyid.
Dalam konteks ini, saya memang tabik pada kebanyakan stesen radio kerajaan.
Walaupun kurang ‘popular’ pengisiannya seimbang, terkandung unsur kerohanian dan beberapa santapan minda yang sangat sesuai untuk segenap lapisan umur.
BUKAN ANTI SWASTA,
Ijok, Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment