JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, August 31, 2011

Fakta Sejarah yang tiada dalam buku Sejarah

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh bertujuan membangkit kesedaran kemerdekaan dalam kalangan orang melayu dan anti British.

Antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam.

Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA.

Hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan Melayu menubuhkan UMNO.

Slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, Umno memperkecil perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."

Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu menghadiri persidangan Asia di New Delhi bagi membincang gerakan kemerdekaan di pelbagai negara asia.PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti kiri
PUTERA dan AMCJA mengemukakan 10 prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British bagi menubuh negara merdeka dan merupakan julung kali di Tanah Melayu.

Namun British menolak cadangan itu serta berpakat dengan Umno bagi mewujud Persekutuan Tanah Melayu.British hanya akan memberi kemerdekaan kepada golongan yang bersedia menerus dasar dan sistemnya.

Maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah Umno dan pada 18.6.1948 British isytihar darurat dan semua parti dan persatuan berhaluan kiri diharamkan.

Pada 20.6.1948 British lancar Ops-tangkap besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA dan AMCJA.Ingat, ketika itu tiada seorang pun pimpinan Umno dan ahli Umno ditangkap, apa maknanya itu?.

Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku.

Antara isi perjanjian itu ialah;

1. Tunku hendaklah mempertahan perang kolonial yang dicetusk British

2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling

3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara-negara barat lain

4. serta membenarkan British membawa pulang keuntungan ke negara mereka.

Gagalnya rundingan Baling kerana Tunku enggan beri ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM iaitu serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju letak senjata dan menyertai politik demokrasi.

Tunku lakukan ini atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial.

British sangat berdendam terhadap PKM, jika Tunku terima cadangan PKM, kemungkinan besar askar Melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim.

Perlu diingat British gunakan orang Melayu bagi pertahan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar Melayu

Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah.

No comments: