JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, August 27, 2011

Kucing Merah ditemui di Sarawak

Kehadiran 'Kucing Merah', spesies kucing yang jarang ditemui di dunia ditemui baru-baru ini di kawasan konsesi pembalakan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Anap, di tengah-tengah negeri Sarawak dan menarik perhatian peminat hidupan liar seluruh dunia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Datuk Len Talif Salleh berkata, imej Kucing Merah atau nama saintifiknya 'Catopuma Badia' berjaya dirakam seorang pelajar Sarawak yang melakukan penyelidikan dari University Kyoto.

Menurutnya rakaman dibuat di dua lokasi di kawasan konsesi pembalakan FMU Anap di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.

"Kemunculan ini, dalam kawasan seluas lebih 110,000 hektar, menandakan rekod sebaran, kira-kira 120km dari tempat kali terakhir penemuan dirakamkan pada 2005," katanya dalam kenyataan pada 25 Ogos lalu.

Katanya kawasan pembalakan itu diurus Zedtes Sdn Bhd di bawah peraturan pengurusan ketat pengurangan kesan pembalakan selaras dengan amalan pengurusan hutan lestari.

"Sebelum ini, kehadiran Kucing Merah berjaya dirakam oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Taman Negara Pulong Tau, Miri, 120 km dari selatan sempadan Indonesia dan 200km utara FMU Anap," katanya.

Spesies Kucing Merah itu merupakan haiwan terlindung di Sarawak di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 manakala empat daripada lima spesies kuching hutan Borneo itu direkodkan di kawasan FMU Anap.

No comments: