JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 29, 2011

Esso Malaysia sah milik Syarikat Arak

ExxonMobil Corporation tetap menjual 65 peratus pegangan sahamnya dalam Esso Malaysia Berhad (EMB) kepada San Miguel Corporation (SMC) walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Langkah penjualan itu dilakukan kerana SMC menawarkan kadar tertinggi iaitu RM3.50 sesaham bersama pakej terbaik.

Naib Presiden ExxonMobil Corporation, Stafford T. Kelly berkata, pakej dimaksudkan termasuk SMC bersedia meneruskan operasi dua loji penapisan minyak syarikat itu di Port Dickson, Negeri Sembilan yang menjamin peluang pekerjaan buat 750 kakitangan tempatan ExxonMobil sedia ada.

Menurutnya, tawaran oleh SMC itu jauh lebih baik berbanding oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sebuah lagi syarikat tempatan tidak dinamakan yang menawarkan harga pembelian lebih rendah serta enggan meneruskan pengoperasian dua loji penapisan tersebut.

Lebih menarik, katanya, SMC juga menyatakan hasrat untuk membina sebuah pusat kejuruteraan di negara ini sebaik sahaja mengambil alih EMB dan ia dijangka memberi 20 peratus pertambahan peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

"Sebanyak tujuh syarikat Malaysia menyatakan hasrat untuk membeli pegangan saham kami, tetapi hanya dua sahaja yang disenarai pendek termasuk LTAT, saya tidak boleh nyatakan satu lagi syarikat berkenaan.

"Kesemuanya telah diberi peluang sama rata, tetapi SMC menawarkan kadar tertinggi pada RM3.50 sesaham iaitu premium 25 peratus daripada harga seunit saham EMB pada RM2.80 kira-kira enam bulan sebelum pengumuman penjualan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan melalui telefon dari ibu pejabat ExxonMobil di Virginia, Amerika Syarikat pada 28 Ogos lalu.

Isu penjualan saham EMB dan syarikat milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. (EMMSB) serta ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. (EMBSB) kepada SMC pada RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham menarik perhatian pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan kerana disifatkan merugikan negara serta mengurangkan peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

Kelly menambah, laporan sebelum ini yang menyebut LTAT menawarkan RM5.20 sesaham untuk pembelian EMB adalah tidak benar, sebaliknya ia jauh lebih rendah daripada kadar yang ditawarkan SMC.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah SMC, Eric O. Recto pada satu lagi persidangan melalui telefon memberitahu, SMC tidak akan menggunakan sumber daripada hasil penjualan arak dalam pembelian tersebut, sebaliknya hanya akan menggunakan sumber kewangan daripada anak syarikatnya, Petron Corporation yang turut berkecimpung dalam bidang cari gali minyak.

Menurutnya, SMC yang berpangkalan di Filipina merupakan sebuah konglomerat yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, minuman, petroleum serta tenaga dan 70 peratus daripada perolehannya terdiri daripada segmen selain makanan dan minuman termasuk arak.

Katanya, SMC melalui Petron Corporation kini merancang melabur sehingga AS$1 bilion (RM2.98 bilion) untuk menaik taraf dan memasang peralatan baru di loji penapis berusia 48 tahun di Port Dickson.

Beliau memberitahu, syarikatnya kini merancang membawa jentera baru bagi menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah ke pasaran Malaysia.

"Syarikat menjangkakan pencapaian yang sama seperti mana yang kami lakukan semasa memperoleh Petron Corporation tiga tahun lalu," katanya.

No comments: