JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 23, 2011

Paderi gay kahwin di Msia 31 Ogos ini

Paderi gay warga Malaysia yang kini berada di Amerika Syarikat tetap meneruskan rancangan berkahwin dengan lelaki Afrika-Amerika pada 31 Ogos ini.


Ou Yang Wen Feng, 41 berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh mengganggu rancangannya untuk berkahwin di New York, Amerika Syarikat yang meluluskan undang-undang bagi membenarkan perkahwinan sejenis atau majlis resepsi mengikut budaya Cina di negara ini, tahun depan.

"Malaysia tidak boleh menjejaskan imejnya sebagai sebuah negara berfahaman sederhana," katanya dalam e-mel yang dihantar kepada AFP hujung minggu lalu.

Malaysia di bawah pentadbiran Umno BN selama ini berkali-kali menolak undang-undang Islam termasuklah yang diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri Malaysia ketika ini ialah Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengunjungi pemimpin tertinggi Kristian turut kekal membisu mengenai usaha paderi itu.
Paderi itu dengan biadabnya juga mendakwa ramai rakyat Malaysia kini sudah menerima budaya homoseksual.

"Walaupun saya tahu kebanyakan orang di Malaysia tidak menerima perkahwinan gay tetapi sokongan terhadap golongan gay juga semakin meningkat," dakwanya.

Homoseksual dilarang di Malaysia dan perlakuan sodomi boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Namun, pendedahan media mengenai kewujudan golongan itu tidak pernah diheret kemuka pengadilan oleh mahkamah Malaysia.

Malah, seorang menteri kabinet dalam pentadbiran Najib juga didakwa seorang gay dengan menteri itu sehingga kini membisu mengenainya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada awal bulan ini berkata, perkahwinan sejenis seperti Wen Feng tidak dibenarkan di bawah undang-undang sivil negara.

Namun, itu sekadar kenyataan Jamil yang sebelum ini didakwa terlibat menggunakan wang zakat untuk kepentingan peribadinya.

Malah Jamil juga bertanggungjawab menghalang kes Fitnah terhadap Anwar dari dibicarakan di mahkamah Syariah.

No comments: