JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 1, 2011

BCF dibatalkan kerana DAP menang - Wong

Tindakan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP-BN) membatalkan penganjuran Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) tahun ini membuktikan betapa parti itu memutuskan sesuatu perkara secara tidak profesional.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata, pengumuman pembatalan itu dibuat pimpinan SUPP yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King pada 28 April lalu.

“BN enggan meneladani kesilapan lalu. Terlalu tua untuk belajar,” kata wong sambil menyifatkan BCF merupakan acara tahunan yang mempersembahkan pelbagai kebudayaan etnik di Sarawak.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sibu kesal kerana keputusan itu diambil hanya kerana DAP bersama Pakatan Rakyat berjaya menawan 12 kerusi DUN dalam kawasan Sibu pada pilihanraya Sarawak yang berakhir pada 16 April lalu.

“Hanya kerana DAP menang,” katanya ketika ditanya asas utama keputusan MPS itu.

Di Sibu, SUPP hanya menang di DUN Bawang Assan menerusi Datuk Seri Wong Soon Koh melalui bantuan undi Bumiputera di kawasan itu.

No comments: