KEADILAN akan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membantu masyarakat Bidayuh yang dizalimi Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Mark Murau Sumon berkata, jawatankuasa itu akan mengambil segala maklumat penting dari penduduk.
"Selepas itu, kita akan mengangkat permasalahan rakyat ini kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sarawak serta pimpinan Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut bagi memastikan hak mereka dikembalikan," katanya kepada suara Keadilan.
Mark yang juga berketurunan Bidayuh mengulas tindakan penduduk di 10 perkampungan Bidayuh dalam DUN Tebedu yang membakar beberapa peralatan sebuah syarikat kroni BN negeri itu.
Ditanya pandangannya, punca kejadian itu, Mark berkata, ia ada kaitan dengan sistem pelantikan Ketua Kampung dan sikap pemimpin Bidayuh dalam BN itu sendiri.
"Sejak 2001, sistem pemilihan Ketua Kampung di Sarawak di ubah dari undian dan pilihan penduduk sendiri kepada sistem pelantikan langsung dari pemimpin BN.
"Maka, wujud keadaan Ketua Kamoung yang dilantik itu tidak layak, ditolak penduduk dan kurang berpendidikan. Tetapi keutamaan tetap kepada kroni BN," katanya.
Sebab itu, katanya, pencerobohan syarikat kroni itu terhadap tanah penduduk mudah berlaku akibat persekongkolan bersama Ketua Kampung yang dilantik dengan syarikat kroni.
"Penduduk tahu, Ketua Kampung menerima sesuatu dari syarikat kroni bagi membenarkan tanah rakyat diceroboh melalui perjanjian palsu.
"Sebab, perjanjian itu ditandatangani tanpa pengetahuan dan persetujuan penduduk," jelas Mark.
Mengenai dakwaan penduduk seorang menteri kanan berketurunan Bidayuh terlibat dalam rampasan tanah penduduk, Mark berkata, beliau kenal sangat dengan pemimpin BN itu.
"Saya sekampung dengan menteri itu yang juga berasal dari Kampung Chichin.
"Menteri itu sudah terlalu lama berkuasa dan tindakannya bersubahat dengan syarikat kroni itu menceroboh tanah penduduk jelas mengkhianati kaumnya sendiri yang majoritinya berketurunan Bidayuh dalam DUN Tebedu," jelasnya.
Sehubungan itu, Mark menyeru rakyat dalam DUN Tebedu memberikan kerjasama baik dengannya bagi memastikan segala maklumat penting segera dikumpul seterusnya mempercepatkan tuntutan penduduk.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment