Mohamad (empat kiri) mendengar penjelasan Hii (dua kiri). Turut kelihatan, Timbalan Ketua PPDNK Bintulu Muhammad Daud Ali (dua kanan) dan Pengerusi PPPM Bintulu Datuk Tie Teck Hung (kanan).
Masdar Wahid
Bintulu : Harga minuman yang dijual di kedai kopi dan restoran berdaftar di bahagian Bintulu dinaikan bermula hari ini, kata Pengerusi Persatuan Peniaga Kedai Kopi dan Restoran Bintulu, Donny Hii.
Menurutnya, kenaikan harga minuman itu terpaksa dinaikan berikutan kos perbelanjaan peniaga kian meningkat.
“Kenaikan harga minuman berlaku kerana taraf hidup (penduduk) yang semakin tinggi lebih-lebih lagi harga bahan mentah juga naik.
“Mulai 1 Mei semua peniaga yang berdaftar boleh menggunakan harga baru yang tersenarai pada Jadual Persatuan Peniaga Kedai Kopi dan Restoran Bintulu," katanya pada 30 April lalu.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa peratuskah jumlah kenaikan harga minuman di daerah itu yang mempunyai kira-kira 200 kedai kopi.
Keterangan lanjut boleh menghubungi Donny menerusi talian 019-886 2827.
Pada 25 Februari lalu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Bintulu, Mohamad Drahman menafikan pandangan Pakatan Rakyat bahawa penangguhan kenaikan harga minuman di Bintulu kerana pilihanraya Sarawak kian hampir.
Pilihanraya Sarawak berlangsung pada 6 hingga 16 April lalu dengan pembubarannya pada 21 Mac, tetapi diumumkan lebih awal oleh Ketua Menteri paling lama di Malaysia, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 19 Mac lalu.
Sebelum ini, harga secawan teh atau kopi di bandar Sibu, Kanowit, Selangau dan Machan turut dinaikkan antara 10 hingga 30 sen sejak 15 Januari lalu.
Pengerusi Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu, Tong Ink Kon berkata, keputusan itu di buat selepas perbincangan dengan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.
“Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan. Harga barangan itu naik mendadak sejak beberapa tahun lalu.
“Juga faktor lain seperti sewa kedai, gaji, gas dan tarif elektrik sudah naik dan ini meningkatkan kos operasi kami,” katanya pada 8 Januari lalu.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment