Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat yakin dengan wadah Pakatan Rakyat untuk memimpin negara ini ke arah perubahan adalah lebih baik dan tidak sekali-kali akan menyertai Umno.
Penegasan itu dinyatakannya semasa menyampaikan ceramah di Kota Belud Sabah, pada 22 Mei lalu.
Menurutnya, walaupun beliau antara yang bertanggungjawab membawa masuk Umno ke Sabah pada awal 90-an, namun beliau tidak akan sesekali kembali kepada parti itu.
"Kalau anda amati dasar pemerintahan Umno sekarang. Harga barang naik, beban pada rakyat, RM52 bilion saham Bumiputera hilang, kezaliman berlaku, akhlak lucah. Saya tidak sanggup bersekongkol dengan parti ini.
"Saya Insya'allah tetap dengan KEADILAN, PAS serta DAP dan kita akan lawan tetap lawan," tegasnya yang disambut tepukan dari ratusan hadirin pada malam itu.
"Saya juga yakin dengan fitnah yang dilemparkan puak Umno BN ini terhadap saya, amat kecil dan tidak melemahkan daya juang saya," katanya sambil menambah PAS bersama alim ulama di seluruh dunia banyak membantunya mendepani cabaran itu.
Anwar memberi contoh bagaimana solat hajat yang banyak dianjurkan Pakatan Rakyat dan diterajui PAS seperti Solat Hajat di Shah Alam baru-baru ini diimamkan Tuan Guru Haji Hadi dan didoakan Tuan Guru Nik Aziz berjaya menarik 15,000 hadirin.
"Apa kata (Mursyidul Am PAS) Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Salleh, ulama besar di Kedah dan Prof Dr Wahbah Zuhaily (ulama tersohor di dunia) kepada saya, 'Saudara Anwar, sabar dan senyum kerana senyum itu sedekah. Orang (musuh-musuh kamu) memang mahu patahkan semangat kamu. Kalau kamu tidak senyum, kamu akan hilang seri dan segak kamu.' Kena belasah, senyum, kena hina, fitnah, senyum.
"Malah, ketiga-tiga ulama ini menyatkan nasihat yang sama kepada saya 'Anwar, senyumla dan Istiqamah dan teruskan perjuangan," ujarnya.
Anwar, sejak dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad dari Umno dan kerajaan pada 22 September 1998, diserang dari segenap penjuru termasuk semasa dalam penjara, beliau di belasah sehingga matanya lebam, patah pinggang dan terpaksa dibedah selain turut dibogelkan dan kemaluannya diukur.
Tidak cukup dengan itu, selepas keluar penjara dan mengumumkan mahu terlibat dalam politik, beliau difitnah kali kali kedua dalam tuduhan liwat dan terbaru cubaan membunuh diri dan keluarganya apabila anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menerima SMS dari seorang yang tidak dikenali akan 'membunuh' cucu Anwar jika Izzah berterusan menyokong ayahnya.
Selain itu, kereta yang dinaiki isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga disabotaj sebagaimana disahkan mekanik yang mendedahkan kesan sabotaj itu mampu membunuh penumpang yang menaiki kereta tersebut.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment