JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 22, 2011

PR sedia ganti BN di Pensiangan

KEADILAN, DAP bersama PAS bersedia menggantikan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS-BN) yang selama ini memenangi Parlimen Pensiangan termasuk melalui mahkamah di kawasan itu beberapa tahun lalu.

Ini kerana kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman (gambar), sekutu BN itu gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuklah melabelkan pejuang tanah di kawasan itu sebagai menggangu ketenteraman awam yang didakwanya mengadakan demonstrasi.

"Untuk makluman, kehadiran saya pada hari itu untuk menyaksikan proses prosiding Mahkamah Anak Negeri.

"Tiada sebarang kekacauan dan huru hara. Malah, Polispun tidak mengkelaskan program itu sebagai demostrasi. Kehadiran mereka (rakyat) dalam keadaan aman," katanya dalam satu kenyataan.

Hisammuddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup mengenai kehadiran penduduk semasa proses prosiding Mahkamah Anak Negeri di kawasan itu baru-baru ini.

Sehubungan itu, Hisammuddin mengingatkan Kurup agar jangan melakukan ugutan hanya kerana kegagalannya menyelesaikan permasalahan rakyat dalam Parlimen Pensiangan.

"Jangan bermain dengan kata-kata sehingga melupakan perkara sebenar yang harus diselesaikan.

"PAS bersama Pakatan Rakyat bersedia mengantikan PBRS di Pensiangan pada pilihanraya akan datang," tegasnya.

Sebelum ini, Kurup juga memaksa polis menyoal siasat rakyat Pensiangan hanya kerana menghadiri program anjuran PAS di kawasan itu.

No comments: