JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 23, 2011

Shafie Tidak Afdal, Musa pula tidak Aman ?

Politik Sabah sejak dulu 'terkenal' dengan stail politik tikam belakang, politik peribadi, politik opportunis dan politik 'kawan makan kawan'.

Segala-galanya boleh jadi asal habuan yang diberikan bisa menjamin kelangsungan kehidupan peribadi pemimpin yang 'diperdaya' melepaskan jawatan atau menerima keputusan 'musuh' politik yang berjawatan.

Sejak menjadi Naib presiden UMNO, Datuk Shafie dikatakan adalah orang yang paling 'dekat' dengan jawatan "ketua Menteri' Sabah.

Itupun selepas Datuk Salleh Tun Said dilihat telah "gagal' melayakkan diri dalam pemilihan 'kesebelasan' utama dalam skuad politik Sabah pada PRU 12 yang lepas dengan beberapa lagi nama pemain politik Sabah yang 'dipaksa' memanaskan bangku simpanan sepanjang musim tersebut.

Oleh itu, di Sabah buat masa ini, tidak ada begitu 'dekat' dengan jawatan KM sekiranya benar Datuk Musa Aman akan 'dipencenkan' tatkala PRU 13 diumumkan kelak selain daripada Datuk Shafie Apdal yang dianggap dari rumpun Bajau Laut, di Semporna.

Sebab itu tidak mustahil Datuk Musa Aman untuk gusar, risau, bahkan rasa 'terancam' kerana beberapa pergolakkan politik Sabah kebelakangan ini mencerminkan situasi getir,gersang dan penuh dengan 'permusuhan' dan tikam belakang dengan puak-puak politik yang boleh dihidu oleh Najib.

Jawatan sebagai menteri penuh ,kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah telah menjadikan Datuk Shafie nampak lebih 'berkuasa' berbanding Musa Aman terutama melibatkan pengagihan peruntukan berbilion kepada Sabah melalui kementerian itu.

Suatu ketika wujud pertindihan kuasa berkaitan isu berkenaan apabila Musa Aman mengkhendakkan agar seberang peruntukan pembangunan Luar Bandar dan wilayah harus melalui kerajaan Negeri supaya pemantaun, penyelarasan dan juga 'sifar' kecacatan dapat dikurangkan.

Manakala isu ini menjadi tegang bila prokasi Shafie merasakan 'kebebasan' mereka menjamah peruntukan kementerian itu disekat dan dipertontonkan kepada mata-mata lain yang juga berselera untuk merasai kelazatan 'hidangan' KKLBW itu.

Disinilah bertitik tolak bila ramai yang memerhatikan gelagat dua pemimpin Sabah ini.

Shafie dilihat lebih banyak membelakangkan pentadbiran kerajaan Negeri di Bawah Musa.

Datuk Musa Aman pula dikatakan 'berjaya' menarik kembali sokongan dari beberapa orang 'kawan' politik Shafie yang sebelum ini 'gagal' dimanfaatkan kewibawaan mereka oleh shafie.

Antara yang berjaya 'dipujuk' oleh Musa ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sejak itu Shafie dan Musa dikatakan'tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.

Beberapa aktiviti Shafie di Sabah langsung tidak mendapat 'perkenan' Musa. Di Kota Belud, misalnya lawatan Shafie bersama rakyat dalam upacara sambutan Hari raya, telah menunjukkan gambaran jelas epada rakyat bilamana tidak ada satupun pemimpin politik yang turut menghadirinya.

Terbaru program Shafie di Kimanis pada 15 Mei lepas juga menyaksikan proksi Musa tidak menghadiri majlis berkenaan. Bahkan MP Parlimen Kimanis yang juga adik kepada Musa iaitu Anifah Aman dikhabarkan turut tidak berada pada majlis berkenaan.

Regata lepa-lepa yang merupakan acara tahunan yang menjadi 'kegilaan' pelancong ke Semporna di mana Shafie menjadi ahli Parlimen dan disambut pada April lepas turut tidak dihadiri oleh Musa Aman. sekaligus membenarkan desas-desus bahawa memang wujud 'ketegangan' politik antara dua tokoh ini.

Shafie yang dikatakan menjadi dodoian Najib di Sabah, nyata menghadapi tentangan sengit dari Musa Aman bila dikatakan Musa mempunyai 'hubungan ' politik dengan Datin Rosmah Mansor iaitu isteri kepada Najib.

Rosmah bukan sahaja mempunyai 'saham' besar dalam percaturan politik Najib tetapi juga turut menerima 'hadiah' besar dari Musa Aman bila 'wanita pertama' ini dianugerahkan pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang merupakan anugerah pingat tertinggi negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri panglima, pada 8 November 2009.

Walaupun ada pihak yang meramalkan bahawa Shafie 'tetap' melangkaui kemahuan"Datuk Seri Panglima Rosmah' untuk mengekalkan Musa Aman di Sabah, namun harus diingat bahawa Musa telah 'berjaya' menyakinkan Najib betapa perlunya ketokohannya di sabah apabila Batu Sapi membuktikan segala-galanya.

Hanya yang membimbangkan Najib ialah Musa Aman tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Masyarakat Cina di Sabah seperti Datuk Shafie.

Jika pertimbangan Najib menjelaskan bahawa sokongan masyarakat Cina adalah 'king maker' pada PRU 13, ada baiknya Shafie dinobatkan selaku Ketua Menteri Sabah yang baru.http://kelapamawar.blogspot.com/2011/05/datuk-shafie-dan-datuk-musa-aman-tidur.html

No comments: