JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 9, 2011

Saya tidak musuhi ahli Umno - Anwar

oleh Masdar

Wahid Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sekali-kali tidak memusuhi mana-mana ahli Umno melainkan pemimpin parti itu yang zalim dan melakukan fitnah.

Penegasan itu dibuat semasa menyampaikan ceramah Umum di Kuala Pilah pada 8 Mei lalu yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat pusat dan Negeri Sembilan.

Menurut Anwar, sekiranya ahli Umno sendiri berdiam diri dan enggan bersama melakukan perubahan besar, maka fitnah dan kezaliman kian parah di negara ini.

"Sebab itu, ahli Umno terutama pimpinan cawangan, kalau anak kamu curi basikal, tetap ditangkap dan dipenjara kerana kamu hanya pemimpin Umno cawangan.

"Tapi, pimpinan Umno di atas yang rompak harta rakyat, dapat komisyen Kapal Selam berbilion ringgit, tidak disiasat malah dipertahan Suruhjanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)," katanya.

Anwar menjelaskan, semasa beliau di Parlimen pun, beliau tetap bersembang dengan Wakil Rakyat Umno.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, saya tidak memusuhi anda (ahli Umno) secara peribadi tetapi yang saya serang mereka yang zalim, fitnah orang dan rampas harta rakyat.

"Alhamdulillah, walaupun saya difitnah, dilondehkan sebegini rupa, saya tetap bersyukur dan saya ucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Kuala Pilah yang hadir malam ini," katanya.

Kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Kampung Pilah Tengah (Seri Pilah), Kuala Pilah walaupun kawasan tersebut terletak jauh dari pusat bandar selain sekatan polis di laluan utama menuju ke situ.

"Saya sendiri yang arahkan agar ceramah seperti ini jangan buat di bandar, buat di kampung-kampung dan ternyata warga kuala Pilah bijak, hadir dan menolak fitnah jijik ini," katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Anwar sejak 21 Mac lalu, diserang Kumpulan Datuk T yang menyebarkan Video Seks Fitnah terhadapnya sebelum video lucah itu dipaparkan media perkakas Umno BN seperti Tv3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan laman blog pro Umno.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang Cina, India dab bangsa Arab fitnah jahat dan jelek dilakukan seperti ini.

"Tetapi di Malaysia, berlaku dan disebarkan pula 'Ustaz' Tan Sri Rahim Tamby Chik," katanya yang disambut gelak orang ramai.

"Tengok, saya baru sebut nama Rahim anda dah gelak. Maknanya, rakyat Kuala Pilah bijak, faham dan tidak termakan dengan laporan media yang bersubahat menyebar fitnah ini," tegasnya.

Sebelum ini, ceramah Anwar di Machang Kelantan menyaksikan satu pekan di kawasan itu membanjiri ceramahnya selain 20,0000 penduduk kampung di Terengganu turut hadir mendengar penjelasan beliau.

Sementara itu, Anwar turut menyelar tindakan Menteri agama Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mendakwa beliau menyebarkan pluralisma agama di Malaysia.

"Jamil Khir halang kes (fitnah 2) saya dari di bawa ke mahkamah Syariah sejak dua tahun lalu sehingga kini.

"Tetapi saya pula didakwanya membawa ajaran sesat kononnya menyebarkan pluralisma agama di Malaysia.

"Saya jawab, kenyataan saya itu di ambil semasa menyampaikan ceramah di luar negara dan dalam bahasa Inggeris, mungkin Jamil tak faham. Maka, saya serahkannya kepada salah seorang anak Profesor Dr Yusoff al-Qaradhawi untuk menterjemahkannya.

"Selepas itu, Yusoff al-Qaradhawi telefon saya, 'Anwar, kalau kamu didakwa di mahkamah syariah di Kuala Lumpur, saya akan datang dan bersedia untuk menjadi saksi kamu,"' katanya sebelum disambut takbir dari hadirin.

Sehubungan itu, Anwar menyeru setiap rakyat Malaysia berperanan memastikan setiap calon Pakatan Rakyat menang pada pilihanraya akan datang dan sentiasa menyemak dan memahami kandungan Buku Jingga yang merupakan sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, PAS dan DAP.

Sementara itu, kira-kira lima ekor burung dilepaskan malam tadi sebagai simbolik pembebasan minda rakyat dari fitnah dahsyat yang disebarkan Umno BN.

No comments: