JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 28, 2011

Isu tandas: Mohd Sabu 'DIPELAWA' ke Sarawak

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempelawa calon Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu untuk bekerjasama dalam melaksanakan projek pembinaan tandas awam bagi keselesaan pengguna di sini.

Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai Yew Son berkata beliau ingin mempelawa Mohd Sabu untuk bekerjasama memandang pihak terbabit mampu memberikan kos tender pada harga yang rendah.

“Memandangkan Mohd Sabu mampu memberikan kos tender yang rendah, jadi kita (MBM) ingin mempelawa dan bekerjasama dengan mereka dalam melaksanakan projek tandas awam yang masih dalam pembinaan masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu, baru-baru ini dalam akhbar bahasa Cina, yang menyatakan pihaknya mampu menyiapkan projek tandas berkonsepkan tandas hijau di Pusat Komersil Saberkas dengan kadar tender yang rendah iaitu pada kadar RM40,000 hingga RM80,000 daripada RM128,000 yang dijangka oleh MBM.

Menurut Lai, projek terbabit yang akan memperkenalkan konsep tandas hijau yang lebih selesa dan juga mesra pengguna.

Katanya, reka bentuk yang akan digunakan membolehkan lebih cahaya matahari masuk melalui bumbungnya yang lut sinar manakala peredaran udara adalah lebih baik.

“Apa yang penting, bauan yang kurang menyenangkan juga akan kurang kerana tandas konsep hijau ini mempastikan persekitaran dalam tandas itu sendiri lebih kering,” ujar beliau.

Jelas beliau lagi, bahan-bahan yang digunakan untuk melaksanakan projek terbabit adalah bahan yang berkualiti tinggi dan mahal.

“Dengan kos yang ditawarkan Mohd Sabu, ia amat mengurangkan kos yang telah dijangkakan oleh MBM dan kita mengalu-alukannya untuk bekerjasama melakasanakan projek terbabit.

“Tandas awam tersebut adalah untuk manfaat orang awam selain ia merupakan sebahagian usaha untuk mengutamakan kebersihan,” tambahnya.

No comments: