JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, May 6, 2011

Ron 95 naik selepas PRU 13 - PPSMM

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia tidak menolak kemungkinan petrol Ron 95 akan dinaikan selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Timbalan Presidennya, Datuk Zulkifli Mokti berkata, walaupun harga minyak Ron 95 tidak naik ketika ini, tetapi harga minyak itu tetap di bawah kuasa kerajaan yang kini di terajui Umno Barisan Nasional.

"Kawalan harga petrol Ron 95 ini bergantung kepada keadaan ekonomi, politik, dan sosial negara dan kemungkinan harga akan dinaikkan selepas PRU ke 13," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian di muka surat enam hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa ditemuramah Radio Fot Fm hari ini enggan mengulas berhubung tarikh kesukaannya bahawa PRU ke-13 bakal diadakan pada 11 November 2011.

Kita sedia maklum, tindakan kerajaan tidak menaikan harga minyak Ron 95 buat masa ini kerana bimbang berlakunya penolakan rakyat terhadap Umno BN pada PRU akan datang kerana minyak jenis itu majoritinya digunakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini.

Berbanding BN yang menikan harga minyka dengan alasan minyak dunia naik, namun Pakatan Rakyat tetap bertekad minyak tetap akan diturunkan sebaik gabungan bersama KEADILAN, PAS dan DAP berjaya membentuk kerajaan baru selepas PRU ke-13.Terbaru, tekad itu turut disuarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Wacana Ekonomi yang berlangsung di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 5 Mei lalu.

Komitmen itu turut dijelaskan sekian lama dalam Buku Jingga, sebuah buku yang meliputi sebahagian besar manifesto Pakatan Rakyat yang ditawarkan kepada rakyat sebagai 'Kerajaan Menunggu'.Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui kandungan Buku Jingga adalah baik untuk rakyat Malaysia.

No comments: