JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, May 26, 2011

Empat kerusi parlimen milik Pakatan


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Lee Boon Chye meramalkan Pakatan Rakyat (PR) hampir pasti menawan empat lagi kerusi Parlimen di Sarawak termasuk Miri, Sarikei, Lanang dan Stampin selain mempertahankan Bandar Kuching dan Sibu yang di sandang DAP ketika ini.

Menurutnya, ramalan itu dibuat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) yang berakhir pada 16 April lalu.

“Jika kita terjemahkan keputusan PRN lalu kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) mendatang di Sarawak, saya berpendapat PR hampir pasti menambah empat lagi kerusi Parlimen berbanding dua ketika ini,” katanya pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Stampin baru-baru ini.

Pada PRN lalu, PR menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawah yang terletak di bawah Parlimen Stampin, manakala DUN Repok dan DUN Meradong (Sarikei), DUN Bukit Assek dan DUN Dudong (Lanang) serta DUN Piasau dan DUN Pujut (Miri) dengan ke semua kawasan itu majoritinya masyarakat Cina.

Menurutnya, angin perubahan dalam PRN lalu tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat Cina tetapi juga kaum-kaum lain seperti yang berlaku di DUN Beting Maro yang majoritinya masyarakat Melayu/Melanau apabila PR hanya tewas majoriti 391 undi.

“Pilihan raya ini membuktikan keputusan KEADILAN bersama DAP dan PAS untuk membentuk parti berbilang kaum adalah keputusan tepat dan pastinya usaha untuk memastikan sebanyak mungkin kerusi Parlimen di tawan PR pada PRU akan datang kian giat dijalankan di Sarawak," tambahnya.

1 comment:

Pak Mat said...

Pakatan kena bagi tumpuan yang sistematik dan bersungguh bagi kerusi2 parlimen dalam usaha untuk manawan Putrajaya. Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia.