JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 22, 2011

MAFREL sedia pantau PRU

Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL) cawangan Sarawak sudah bersiap untuk memantau Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlangsung November depan.

Pengarahnya, Wan Zain Syed Mohdzar berkata, pihaknya sehingga kini merekrut kira-kira 500 sukarelawan untuk memantau PRU mengikut prosedur ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita menjangkakan PRU berlangsung tahun ini dan semua ahli MAFREL sudah diberi latihan asas bagaimana untuk memantau dan membuat laporan sepanjang PRU.

“Kita banyak menerima permohonan orang awam untuk menjadi ahli MAFREL dan sedang memprosesnya sebelum mereka menjalani latihan,"katanya.

Menurutnya, MAFREL dilantik sejak beberapa pilihan raya lalu bagi memantau situasi sepanjang tempoh rasmi kempen termasuk pilihan raya Sarawak yang berakhir pada 16 April lalu.

“MAFREL bersedia menerima laporan daripada mana-mana pihak seterusnya memajukan laporan itu kepada SPR untuk tindakan lanjut.

"Kita juga mengumpul maklumat yang di sediakan dari sukarelawan yang dilantik untuk membuat pemantauan," katanya lagi.

No comments: