
blogger Hanief
Mayat pelajar perempuan berusia 15 tahun ditemui dengan lehernya dijerut di kawasan belukar di Batu 17 Jalan Labuk semalam, dua hari selepas pelajar itu dilapor hilang.
Mayat Salanawati Sadarudin ditemui orang awam yang melalui kawasan belukar itu pada pukul 6 petang.
Ketua Polis Sandakan ACP Rosli Mohd Isa ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketika ditemui, mayat pelajar itu masih berpakaian baju kurung sekolah menengah.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata keluarga pelajar itu membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa pada pada pukul 3 petang Khamis lepas apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Gum-Gum Manis di Batu 16 Jalan Labuk selepas sesi persekolahan sehari sebelum itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Rosli berkata polis menahan seorang lelaki rakyat Filipina berusia 30 tahun kerana disyaki membunuh lelaki yang merogol isterinya.
Lelaki itu ditahan pada pukul 12.35 tengah hari semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis
"Lelaki terbabit datang ke Balai Polis sambil membawa dua bilah parang dan mendakwa dia telah membunuh seorang lelaki yang merogol isterinya di Kampung Seguntor Batu 11 Jalan Labuk," katanya.
Beliau berkata berikutan dakwaan itu, polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki yang juga rakyat Filipina.
-- BERNAMA
Keseronokan sekumpulan lelaki menyaksikan sabung ayam berakhir dengan pergaduhan menyebabkan seorang daripadanya dikejarkan ke Hospital Miri selepas bahagian dadanya tercucuk taji ayam miliknya.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, mangsa berbangsa Penan, dikatakan bergaduh dengan seorang lagi lelaki dipercayai tidak puas hati dengan keputusan sabung ayam.
Dalam aksi pergelutan ala sabung ayam, mangsa tanpa disedari tercucuk taji ayam pada bahagian dadanya menyebabkan dia cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, keputusan itu adalah muktamad dan beliau akan membuat pengumuman rasmi dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Katanya, sebab utama beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu adalah kerana tidak sehaluan dan sependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan menyedari Gerakan telah hilang hubungan dan sentuhan dengan peringkat akar umbi.
"Saya berasakan pucuk pimpinan parti tidak lagi mengekalkan hubungan mereka dengan peringkat akar umbi. Jadi apabila membuat keputusan, mereka tidak berpandukan atau mengikut perlembagaan parti.
"Sebaliknya, mereka menggunakan undang-undang hutan rimba dalam menerajui parti. Sikap tidak mempedulikan pandangan akar umbi ditolak ke tepi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, keputusan yang dibuatnya itu bukanlah bertujuan menghasut ahli Gerakan untuk turut menyertai tindakan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau berasakan banyak bahagian dan cawangan Gerakan di Pulau Pinang termasuk di negeri-negeri lain yang akan mengikut jejak langkahnya.
Katanya, dalam tempoh tiga minggu akan datang, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatannya dan keluar parti secara rasmi kepada Presiden Gerakan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan impian terbarunya untuk menakluk Perlis, satu-satunya negeri di utara tanah air yang terlepas daripada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.
Anwar berkata, PKR akan menggerakkan semua jentera yang ada bersama pakatan pembangkang lain dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun tiada wakil Parlimen daripada pakatan pembangkang di negeri itu, usaha akan dibuat termasuk melantik Ahli Parlimen PKR di Kedah untuk memantau masalah masyarakat Perlis.
''Perlis berada tidak jauh dari negeri pakatan pembangkang Kedah. Saya akan memastikan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul melaksanakan tugas berkaitan bagi membantu menawan Perlis daripada BN.
''Perkara ini tidak akan habis di sini, masalah rakyat Perlis akan dibawa ke Parlimen dan didebatkan," katanya ketika berucap dalam satu perhimpunan di Kuala Perlis di sini semalam.
Terdahulu beliau menerima 630 borang keahlian memasuki PKR.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Zamri Sapar ketika ditanya mengenai desas-desus kemasukan bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh ke dalam PKR, beliau berkata, mereka sering berhubung baik.
''Hashim menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR tetapi kami tidak mahu memberikan tekanan kepadanya.
''Biar hasrat tersebut datang dari dalam dirinya dan bukan orang lain," ujarnya.
utusanThe Democractic Action Party (DAP) has accepted the challenge of the Sarawak United People’s party (SUPP) to build a new Chinese school, announced MP for Kuching, Chong Chieng Jen.
Chong in a press conference said there are two conditions which the government must accept, to allow a piece of state land for them and relevant licences to be issued for the primary school.
He said his comrade, Voon Lee Shan, DAP State Assemblymnan for Batu Lintang was the one who accept the challenge after the SUPP said it in DUN.
Chong said he had identified a piece of land at Muara Tebas at Sama Jaya which was formally to be used for Chung Hua Primary school No. 2. From what I checked, the land is still under state land and the surrounding was to be used for building apartments.
He said in the next two months, he would asked for a blue print to be drawn which included classes, hall, sports facilities and adminstrative offices. Chong said whatever they do would be transparent including calling for tender and donations from the public.
However, he said despite doing it, he still believed that education should be the responsibility of the government as the people paid taxes. No matte what language of the education, it should be the government to finance it.
Berita dari Sarawak
Beliau berkata, berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi tahun lalu, mencatatkan 10 peratus peningkatan kes rogol jika dibandingkan dengan 2007.
“Pada tahun 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931, diikuti cabul 973 dan liwat sebanyak 71 kes. Manakala pada tahun 2006 pula kes rogol meningkat kepada 2,041 kes, cabul (1,066 kes) dan liwat 71 kes.
“Pada tahun 2007, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan meningkat kepada 3,405 kes pada tahun lalu, cabul 2,228 kes (2007) dan 2,107 kes (2008). Manakala kes liwat sebanyak 101 kes (2007) dan 130 kes (2008),” katanya pada Se-minar Menangani Keganasan Terhadap Wanita kawasan Kota Kinabalu dan Sepanggar, di Wisma Wanita.
Dr. Noorul berkata, statistik kes jenayah memperlihatkan wujudnya kesedaran di kalangan orang ramai untuk tampil melaporkan kes rogol, sumbang mahram, cabur kehormatan oleh majikan dan kes sumbang mahram yang dilaporkan oleh ibu mangsa sendiri.
Mengenai kes keganasan rumah tangga, beliau berkata statistik PDRM menunjukkan pada tahun 2003 sebanyak 2,255 mangsa, 3,101 mangsa (2004) dan sebanyak 3,093 mangsa (2005).
“Kesedaran ini adalah fenomana baru jika dibandingkan dengan keadaan 10 atau 20 tahun dulu yang mana keluarga mungkin segan melaporkannya kerana lebih memikirkan reputasi mangsa dan keluarga.
“Malah, masa kini ada kes yang memba-bitkan kanak-kanak dan remaja mendapat kerjasama sepenuhnya daripada keluarga mangsa dan pihak berkuasa.” Katanya.
Oleh itu beliau menyeru semua masyarakat supaya bersama-sama membanteras segala bentuk keganasan terutamanya keganasan melibatkan wanita dan kanak-kanak.
“Setiap antara kita mempunyai peranan dalam menangani masalah ini terutamanya kaum lelaki. Mereka seharusnya dilibatkan sama dalam seminar-seminar seumpama ini bagi memberi kesedaran kepada mereka.
“Ibu bapa juga berperanan untuk mendidik anak-anak mereka bahawa keganasan merupakan perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat dan mereka perlu didik supaya saling hormat menghormati antara lelaki dan perempuan,” katanya.
Dr. Noorul berkata, atas keprihatinan kerajaan untuk menangani jenayah seksual dan keganasan rumah tangga, JPW diberi peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sebanyak RM2.7 juta untuk melaksanakan program-program ini di 222 kawasan Parlimen seluruh negara.
Masdarwahid: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, seorang Ulama yang cukup disegani rakyat Malaysia melalui Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) telah mengeluarkan suatu peraturan (sila lihat gambar di sebelah kiri) berkenaan aurat wanita yang perlu dipatuhi beberapa tahun lalu. Malanganya, peraturan itu bukan sahaja tidak dipersetujui oleh bukan Islam, tetapi juga mereka yang bergelar Menteri termasuklah Shahrizat Jalil.
Jika Amy Search yang rock itu pun hormat Ulama' susah sangat ke menteri di Malaysia ni memahami dan melaksanakan peraturan dan Undang2 Islam di Malaysia?
A group of Democratic Action Party (DAP) youth chased a snatch thief into monsoon drain and made citizen arrest at 10pm on Wednesday.
The incident unfolded when the victim was about to get out of her car upon reaching Travilion.
The suspect who was riding pillion on a motorcycle grabbed her bag and ran.
The victim shouted prompted the civic conscious DAP youths to gave chase.
The accomplice who sensed that things was not right accelerated and left his friend behind.
His friend then stumbled into the drain and was caught.
The victim got her handbag returned while the snatcher was hauled from the drain and handed over to the police.
Berita Sarawak
Pekeliling Kebenaran Mengajar Agama Islam, Menyampaikan Khutbah & Mengimamkan Solat dan Pekeliling Pentadbiran Masjid/Surau Bil. 1/2009
Sila lihat senarai agihan,
(Pengerusi masjid dan surau dalam daerah Sibu)
Tuan,
Pekeliling Kebenaran Mengajar Agama Islam, Menyampaikan Khutbah & Mengimamkan Solat dan Pekeliling Pentadbiran Masjid/Surau Bil. 1/2009
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat pekeliling berkenaan untuk tindakan tuan selanjutnya.
3. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
"KE ARAH PEMBENTUKAN KAIRUL UMMAH"
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE"
(HAJI SHUKRI BIN HAJI SARKAWI)
bp. Pegawai Agama Islam Bahagian,
Pejabat Agama Islam Sarawak,
Bahagian Sibu.
(Ditulis semula dari surat asal JAIS/SBW/(Pent)/O4/08/05/01(10) Bertarikh 21 Mei 2009)
1.1 Seksyen 58(1)(d):http://ustazroslidhoby.blogspot.com/
"Tiada orang boleh mengajar atau mengembangkan atau memperjelaskan kepada orang ramai apa-apa doktrin agama Islam di dalam Negeri tanpa kelulusan bertulis Majlis"
1.2 Seksyen 61 (1)
"Majlis boleh melantik seseorang yang layak dan patut untuk menjadi pegawai masjid bagi mana-mana masjid di dalam Negeri"
Selaras dengan peruntukan ini;
2.1 Tidak dibenarkan sesiapapun untuk mengajar, menyampai atau menerangkan mengenai agama Islam, termasuk berceramah dan berkhutbah di mana-mana masjid di dalam Negeri Sarawak, melainkan setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Majlis Islam Sarawak.
2.2 Mana-mana pegawai masjid adalah tidak dibenarkan untuk menyerahkan tugas-tugas mengimamkan solat, menyampaikan khutbah dan lain-lain kepada mana-mana orang melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Islam Sarawak atau pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis Islam Sarawak.
|
Amanat yang dibacakan oleh Hafiz itu sendiri berbunyi, Taib dan semua warga seluruh Sarawak berasa bangga dengan pencapaian dan kecemerlangan Hafiz dan berharap ia akan menjadi satu inspirasi kepada mereka yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita murni.
Tambah beliau, kejayaan Hafiz itu menggambarkan hasrat murni anak-anak generasi muda Sarawak yang ingin berjaya.
“Dengan kesempatan ini, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd, Pengetua AF, tenaga pengajar dan semua krew penerbitan yang terlibat dalam menghasilkan dan membimbing Hafiz selama dalam akademi,” ujar Taib.
Beliau dengan itu juga berharap semoga Hafiz akan terus melangkah maju pada masa hadapan. (alahai.... yang untung hanyalah Astro, yang rugi rakyat Malaysia termasuk Sarawak yang membazir wang untuk mengundi. alangkah baiknya jika pengundi SMS itu menghulurkannya kepada yang lebih memerlukan. bermanfaat jugak. Ingat, Sarawak adalah antara negeri termiskin di Malaysia dengan miskin tegar adalah Kaum Dayak)
theborneopost 25 Mei 2009“Kawasan pantai Miri bukan sahaja boleh dijadikan destinasi pelawat seperti Pantai Honolulu di Hawaii tetapi Miri dengan kesesuaian persekitarannya yang cantik boleh dijadikan pusat pelancongan pantai. Paling penting ialah promosi yang giat dan berterusan supaya negara luar mengenali Miri,” kata Abang Johari Abang Openg Menteri Perumahan Sarawak.
Beliau mengingatkan mereka agar terus menjaga kecantikan dan kebersihan bandar raya ini, selain mengekalkan keindahan alam semulajadinya yang menjadi aset utama Miri sebagai destinasi percutian dan tumpuan pelawat.
Di majlis yang sama Abang Johari turut menyaksikan beberapa pertandingan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang tarik tali, Ratu Pesta Pantai, bola sepak pantai dan sepak takraw.
“Pada tahun depan, kemungkinan kita akan mengundang Astro serta artis realiti televisyen, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz AF untuk memeriahkan Pesta Pantai secara besar-besaran. Ia usaha kita untuk mempromosikan acara pantai kepada semua,” katanya.
Kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam beberapa pilihan raya kecil serta sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu sahaja.
Bendahari Agung PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-34, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP sangat baik.
Bahkan, katanya kemenangan Pakatan Rakyat dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sangat memberangsangkan.
"Hubungan kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat baik, kejayaan dalam pilihan raya kecil juga cukup baik, dan sokongan mantap bukan Islam kepada pun sangat baik.
"PAS hari ini, bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu atau untuk golongan tertentu sahaja," ujarnya.
Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti 'arus perdana' yang berupaya memenangi pilihan raya meski pun bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara.
"Dalam pilihan raya negeri Sarawak, kita (PAS) hanya bertanding satu Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja, kita (PAS) hampir menang di Beting Maro.
"Dan kerana takutnya BN (kepada PAS), kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi Umno turun berkempen. Seandainya, calon PAS menang di situ seolah-olah 'kiamat kecil' kepada pimpinan Umno/BN.
"Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas 'region' (daerah) di Malaysia ini, kita (PAS) boleh bertanding dan boleh menang di mana-mana sahaja," tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mendakwa PAS bukan sahaja mendapat sokongan dari golongan tradisi 'Melayu Islam' tetapi telah disokong oleh semua kaum.
Katanya, sebelum ini golongan bukan Islam melihat PAS secara 'sinis, digentari dan ditakuti' tetapi tidak lagi sekarang ini.
"Mereka (bukan Islam) menyedarinya (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam). Mereka (bukan Islam) boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana," ujarnya
Oleh itu, katanya ahli-ahli PAS perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada parti dengan menjaga imej daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.
Dr Hatta mahukan agar ahli-ahli PAS menjauhi politik 'defisit', politik yang membahagi-bahagikan sesama sendiri yang merugikan serta bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masa kini.
"Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita (rakyat) yang datang dari pelbagai latar belakang adalah usaha yang perlu diteruskan.
"Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya di salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjasama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latar belakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita," jelasnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Bendahari PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut.
Pada majlis berkenaan beberapa orang veteran pimpinan PAS kawasan yang pernah berjasa diberi penganugerahan 'Tokoh' PAS yang wajar dikenang oleh generasi akan datang.
Harakahdaily
Penulis: Gambar yang tertera ialah YB Husam Musa bersama penyokong PAS dan Pakatan semasa membantu calon keADILan dalam Pilihanraya Kecil Dun batang Air
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mengutip derma menggunakan nama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa pilihan raya kecil Batang Ai.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Supritendan Md Firdaus Abdullah berkata lelaki itu kini ditahan untuk membantu siasatan dan polis.
Polis, katanya sedang turut memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.
Suspek dipercayai terlibat dalam memalsukan dokumen serta tandatangan Ketua Menteri bagi memungut derma kononnya bagi membiayai operasi pilihanraya kecil Batang Ai.
Perkara itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkannya sebagai perbuatan jahat untuk memburukkan nama Ketua Menteri serta BN.
Terdahulu, Fidaus menasihatkan orang ramai agar tidak melayan pengendali internet yang meminta mereka menghulurkan sumbangan atau menawarkan pelbagai barangan di internet.
polis banyak menerima aduan dari negeri ini termasuk yang terbaru seorang mangsa dari Miri yang tertipu lebih RM70,000.
Katanya, kes penipuan melalui internet ini mungkin banyak berlaku, bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata beliau percaya sindiket pengendali laman itu dilakukan oleh pihak tertentu dari luar negara.
”Justeru kita nasihatkan orang awam agar tidak mudah terperdaya dengan pengendali yang cuba mendapatkan keuntungan dengan meminta sumbangan atau menawarkan barangan yang tidakwujud,” katanya semasa sidang media di Miri petang tadi.
Menggemparkan! Menggerunkan! Bayangkan ahli Umno sanggup mentalkin parti mereka sendiri!…Perkara ini berlaku di sebuah kampung di Semporna, Sabah apabila penduduk kampung yang tidak puas hati terhadap Umno berhubung isu tanah telah bertindak berbaring di atas lantai dan diselubungi dengan bendera Umno sebagai simbol bahawa parti tersebut telah mati.
Kematian tersebut boleh ditafsirkan sebagai kegagalan parti tersebut untuik memperjuangkan hak penduduk kampung berkenaan mengenai tanah milik mereka.
Penduduk kampung juga berdiri dihadapan “mayat” Umno sambil melakunkan bacaan doa untuk parti yang terkujur dipembaringan.
Gambar tersebut diperolehi daripada blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali dengan nama Chegu Bard.
Ketika dihubungi Chegu Bard berkata beliau agak terkejut dengan keberanian ahli-ahli Umno tersebut yang telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno melalui perbuatan simbolik tersebut.
“Ini menunjukkan Umno telah mati di hati orang Melayu,” komen ringkas beliau.
Semporna merupakan kawasan Parlimen bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal. -TvAntara dan http://www.sabahdaily.com
Penulis: Shafie Apdal yang juga MP Semporna kini cuba men'sempurna'kan Kedah
Siapa pembunuh sebenar, Musa Aman? Babi dalam tin atau Rokok Kretek Indonesia?
KOTA KINABALU: Sabah telah melarang pengimportan ternakan babi sebagai baka pembiak dan semua produk daging babi termasuk dalam tin dari luar negara termasuk dari Sara-wak dan Semenanjung Ma-laysia sebagai langkah mengawal penyakit influenza A (H1N1)
Timbalan Ketua Menteri (Y.B yang bodoh), Datuk Yahya Hussin berkata, notis mengenai larangan terhadap pengimportan itu sudah dihantar kepada semua syari-kat pengimport frozen food (animal products) dan ianya berkuatkuasa pada 28 April lalu.
“Semua Pegawai Veterinar di daerah-daerah kawasan perladangan babi itu, di Penam-pang, Papar, Tuaran, Tam-paruli, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau diarah untuk membuat pemantauan ke atas kedudukan kesihatan ternakan babi di ladang-ladang tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Maka-nan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persidangan Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Putatan di Dewan Serbaguna Pasir Putih, dekat Putatan, kelmarin.
“Kita sememangnya tidak ada mengimport ternakan babi dari luar dan kalau adapun ianya kita tidak benarkan untuk mengelakkan daripada jangkitan virus influenza A H1NI,” katanya.
Yahya berkata, beliau difahamkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, (Yang anti babi)Datuk Awang Sahak Awang Salleh bahawa negeri ini masih bebas daripada jangkitan influenza A H1NI .
Mengenai ternakan babi di negeri ini, beliau berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan lebih daripada 40 ladang ternakan itu 50 ladang ternakan babi yang ada di negeri ini, dan didapati tidak ada jangkitan influenza A H1N1 di semula ladang ternakan itu di negeri ini.
“Selebihnya, ladang ternakan babi itu kita akan buat pemeriksaan dan ianya dijangka dapat diperiksa ke semulanya selewat-lewatnya hingga akhir bulan ini,” katanya.
Beliau juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba menyeludup untuk membawa masuk ternakan babi ke negeri ini, bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit itu berkenaan
Selain itu, beliau juga menyeru mereka yang melawat luar negara terutamanya ke negara-negara yang dijangkiti penyakit itu supaya mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat dan mempunyai tanda-tanda penyakit itu.
Kelmarin, Malaysia melaporkan kes pertama jangkitan influenza A H1N1 melibatkan seorang pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat dua hari lepas.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan (yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya), Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pelajar lelaki itu jinni dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, pelajar itu kembali ke Malaysia pada 13 Mei lalu dan keesokannya, dia mendapat rawatan selepas berasa tidak sihat. Ujian meng-esahkan dia dijangkiti virus H1NI.
Kelmarin, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat pada persidangan akhbar di Putrajaya meng-esahkan kes kedua influenza A (H1N1) di kesan di Hospital Pulau Pinang pada Jumaat yang melibatkan pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas.
Anti Kronisma: Bodoh nya kerajaan negeri pimpinan UMNO Sabah! Budak-budak penjual rokok kretek tak di banteras, makanan dalam tin pula di belasah mereka. Mana simpan otak kamu. Selsema babi bukan berasal dari makanan tin! Lu pikirlah sendiri!
Mana royalty minyak Sabah 20%? …paip gas salur ke Sarawak
Kenapa 3000 graduan Sabah mengangur? ….tiada peluang pekerjaan baru di Sabah
Mana janji Sabah baru 1994 sifar kemiskinan 2000? ….Jadi angan angan, Sabah pula 21% kemiskinan tegar…
Pandangan dari kinabalukini