JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 10, 2009

BN Sarawak Sindir Umno ?


Lawak dari Bumi Sarawak.

Selepas 52 tahun umNO menerajui BN, parti itu sehingga kini diharamkan untuk dikembangkan dan jauh sekali untuk menubuhkan cawangan dibumi Sarawak. Kali terakhir cubaan umNO pada April 2007 (genap setahun, kebetulan?) ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Dun Machap di Melaka. Ketika itu kelihatan Kumpulan 12 dari Sarawak yang diketuai oleh Affendi Haji Jeman dan lengkap berjaket ‘Penaja Umno Sarawak’ kelihatan pusing keliling sekitar kawasan penamaan calon di dun itu. Malah, kenyataan media mereka disiarkan seterusnya membantu mempromsikan rancangan itu oleh media propaganda Umno di internet menerusi agendadaily.com. Namun, Pak Lah (yang ketika itu Presiden umNO) membidas kenyataan itu sehari kemudian (10 April 2007) atas alasan menghormati PBB di Sarawak.

Dalam keadaan umNO diharamkan ke Sarawak, Pada 9 Mei lalu, Bernama melaporkan salah satu sekutu BN di Sarawak, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menubuhkan cawangannya di luar Sarawak iaitu Johor Darul Takzim.

Presiden SPDP William Mawan Ikom (gambar) berkata Perkara itu akan dilakukan sebaik sahaja pindaan perlembagaan SPDP dilakukan.

Pada majlis itu, William melancarkan Kelab SPDP Johor di Pasir Gudang.

Kelab SPDP Johor itu dipengerusikan oleh John Chendang dengan 13 anggota jawatankuasa dan mempunyai 450 anggota.

Parti itu turut merancang menubuhkan kelab yang sama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah.

Sebelum PRU 12 yang lalu, Parti PPP, salah satu sekutu BN di semenanjung berjaya menubuhkan penaja partinya di sarawak sebelum dikecam hebat oleh sekutu BN di negeri itu yang akhirnya usaha itu senyap begitu sahaja.

BN Sarawak yang terdiri daripada SPDP, PRS, SUPP dan PBB sehingga kini turut mengharamkan mana2 parti yang berpusat dari semenanjung untuk ditubuhkan di sarawak.

Sekiranya, SPDP berjaya menubuhkan cawangannya di luar sarawak, pastinya ini satu tamparan hebat buat umNO yang juga peneraju BN tetapi diharamkan oleh sekutunya dalam gabungan itu.

Lawak sungguh, walaupun umNO adalah parti induk BN, dan diketuai oleh Najib mongolia dengan slogan 1malaysia, BN masih lagi tebal dengan semangat perkaumannya dan situasi ini suatu sindiran tajam buat Umno yang kononnnya mahu melakukan pembaharuan (Baca:Gimik Politik) di bawah era Najib Mongolia.

Berbanding Pakatan Rakyat (PR), setiap komponen PR bebas mengembangkan cawangan masing2 di mana2 negeri di Malaysia atas semangat demokrasi dan persefahaman erat dalam gabungan itu.

Di Sarawak misalnya, Pas negeri bukan sahaja berjaya menubuhkan cawangan, malah hampir menawan satu kerusi Dun di negeri itu walaupun hanya bertanding satu kerusi dalam pilihanraya dun sarawak 2006.

Malah, Pas Sarawak berjaya menembusi kawasan masyarakat Iban serta menerima undi peningkatan dari kaum itu.

Begitu juga keADILan dan DAP yang kini semakin ligat menambahkan ahli dan cawangan di Sarawak. Tempoh dun Sarawak hanya akan berakhir pada pertengahn tahun 2011, dan ada yang berpendapat Najib Mongolia akan membubarkan parlimen serentak dengan Dun Sarawak buat pertamakalinya.

No comments: